Sunday, July 5, 2015

Tekad Budaya, Politik Sastera dan Sastera Politik





“Politik sastera dan sastera politik”nya Keris Mas dan komen Syed Husin Ali


Di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen pada 26 April 1981, semasa menyampaikan  pidato penerimaan Sasterawan Negara, Keris Mas berpidato tentang “Politik sastera dan sastera politik”.  Dalam ucapan yang bersejarah itu, Keris memberikan takrif apa itu ‘politik sastera’ dan ‘sastera politik’:  

Politik sastera ialah “pendirian politik terhadap sastera, iaitu polisi mengenai sastera dalam hubungannya dengan kehidupan kebangsaan”, sementara

Sastera politik pula ialah “ sastera yang digunakan untuk memperkuat perjuangan politik sesuatu golongan atau parti tertentu”.

Syed Husin Ali tidak bersetuju dengan sesetengah pandangan Keris Mas, khususnya berhubung peranan kelompok sastera dan kepentingan nasional.  Mantan profesor Universiti Malaya ini merujuk peranan ASAS 50 dalam perjuangannya untuk kepentingan kebangsaan

2.0 Hujah lazim: “Itu politik; kami tidak masuk campur@berkecuali”   

Sehingga ke saat ini, masih ramai sasterawan Melayu yang amat yakin bahawa menulis atau pun bercakap hal-hal yang tidak selaras dengan kehendak parti yang memerintah itu samalah dengan menentang aspirasi kebangsaan?  Makanya untuk mengelak dari bercakap, berhujah apatah lagi mengkritik segala dasar dan polisi kerajaan boleh dikategorikan sebagai perbuatan terlarang? Ia terlarang kerana tidak sealaran dengan kepentingan kebangsaan.  Dengan kata lain,  ia dilihat sebagai daerah yang terlarangan@taboo, zon terlarang yang yang tidak boleh dihampiri.  Dan alasan klasik yang sering diketengahkan sebagai hujah ialah “Itu semua soal politik, kami tidak masuk campur. Kami berkecuali!”.

Untuk perhatian para sasterawan tanah air, khususnya teman-teman saya dalam PAKSI, bagaimana jika persoalan-persoalan berhubung “politik sastera dan sastera politik” itu direnungi secara serius?  Ertinya ‘tajuk’  di atas diwacanakan selaras dengan hasrat dan cita-cita PAKSI menegakkan Tekad Budaya?


Nota rujukan untuk yang berminat:

Pidato Keris Mas boleh dibaca dalam “Sastera dan Kemanusiaan – Pidato Umum dan Pidato penerimaan Sasterawan Negara: 1981- 1996, penyelenggara Urus Setia Panel Anugerah Sastera Negara DBP, 1997: 8-16

Sementara komen Syed Husin terdapat dalam “Perkembangan Sastera Kebangsaan- Esei/Kritikan Pemenang Hadiah Sastera – 1982-1983, DBP: 1087: 10-21 atau dalam Dewan Sastera, Ogos 1982.



No comments: