Sunday, May 16, 2010

Di antara lalat dan buntut




Di antara dua keagungan: Lalat-lalat buntut dan kura-kura


I) Moyang kita selaku pemerhati setia

Ada beberapa pemerhatian orang tua-tua@nenek moyang kita yang kekal sehingga ke hari ini. Pelbagai kebijaksanaan pemerhatian ini telah diuji masa walaupun kekadang ada juga manusia abad ini yang kekadang mempertikaikannya. Kenapa? Nilai telah berubah ― hero sebenar adalah Hang Jebat.

Walaupun terdapat pandangan berbeza, namun ada satu dua perkara yang menarik tentang pemerhatian-pemerhatian seperti ini sehingga ia diangkat menjadi perumpamaan, bidalan atau tamsil oleh masyarakat kita:

Biduk lalu kiambang bertaut, (mem)bujur lalu melintang patah, bulat air kerana pembetung, seperti aur dengan tebing, tempua bersarang rendah, burung terbang dipipiskan lada...dan lagi dan lagi.

Semuanya adalah hasil kerja pelbagai pemerhatian tentang pelbagai fenomena oleh moyang kita, lalu dirumusnya menjadi aksiom(?) kehidupan.


II) Kitakah kura-kura berperahu?



Kini kita adalah manusia abad ke 21.

Dan sekian banyak pula yang aneh-aneh muncul dalam kehidupan kita, di sekeliling kita. Bagaimanakah reaksi kita (tuan dan juga saya)? Contoh?

Nah, ini satu dua untuk renungan bersama:

a) Air yang sentiasa keruh di kuala
b) Bayi di’pampers’kan ibu bapanya
c) Sabung ayam menjadi sumber khazanah negara
d) Saya tidak bilas anu saya untuk simpan bukti


e) Ibu bapa dileteri (kerana membenarkan anak yang tak berlesen memandu dan bla.bla .. sambil membandingkan bahawa SAYA tidak pernah membenarkan anak saya berkelakuan begitu) tapi pada waktu yang sama SAYA sunyi sepi tentang cerita yang lebih besar. Ini contoh klasik pandangan bijak pandai kita, bukannya buah fikiran seorang ahli JKKK Ulu Tembeling. Ini adalah pandangan orang-orang yang pernah menjadi pemimpin ulung dalam dunia persurat khabaran kita. Bayangkan kegawatan kita.

f) MP-MP yang dilantik rakyat begitu bangga sekali ― tanpa sedikit pun rasa bersalah kepada para pengundinya, kemudian lantang pula mencerca kenapa dia minggat dan melacur!

Hah..Tanpa sedikit pun rasa malu...tanpa rasa hina yang sebesar zarah pun. Bayangkanlah, bayangkan.

g) (ya ‘g’ “macam orang gila!!!” kata Dinsman). Seseorang mantan terus-terusan mengertak, mengungkit-ungkit tragedi nasional yang kita sentiasa ratapi kerana pelbagai sebab. Namun orang ini terus-terusan membangkitkannya di depan negara dengan nada dan rasa yang sangat tidak masuk akal. Orang ini .... memang sudah gial, ya gial.


III) Kitakah bangsa lalat-lalat buntut itu?


Jika tuan seorang rakyat (buruh, penghulu, profesor, hakim, guru, petani, imam, mufti, kerani, peguam, pemborong, cukong, pensyarah, rampok, pelacur, mahasiswa, politikawan, ibu ayam dsb), apakah tuan masih juga tetap ayem-ayem ― tenang-tenang seolah-olah tidak ada pun yang telah dan sedang berlaku di bawah dagu tuan?


Lalat-lalat buntutkah kita?
Atau kura-kura?





2 comments:

rahmat haron said...

saya sukakan rupa gambar surreal dalam pantun lama,
seperti gunung daik bercabang tiga
atau
mungkin skrg spt KLCC bercabang dua..

barajiwa said...

Ya, yang bertanduk dua itu. Apakah matanya satu dan betul-betul terletak di tengah-tengah dahi?

Kalau ya, memang lengkaplah gambarannya.