Friday, May 14, 2010
Pandai saja belum mencukupi
Pandai tapi...
I) Kebenaran itu hakikat
Dalam kolumn Wacana Budayanya, Harakah bil. 1539 bertarikh 10 – 13 Mei 2010, Dinsman mengulas lebih panjang lebar perihal seruan kepada para penulis untuk bercakap benar. Teks yang disampaikan dalam sesi (hanya separuh, mulai cerita “Bangau oh, bangau”) semasa bersama-sama sahabat penulis dari Kedah, Kelantan dan juga Perlis di Kota Bharu pada 1 Mei 2010 itu sudah saya muatkan ke dalam blog ‘BARAJIWA” ― untuk renungan bersama.
Dalam coretan ini saya ingin bangkitkan sekali lagi: Kenapa penulis mesti bercakap benar.
Sama seperti bidang-bidang lain, siapa saja yang ingin menjadi penulis akan temui salah satu soalan ‘pra-syarat’nya. Kenapa mahu menjadi penulis? Maka disebutlah bahawa niatnya itu dan/atau ini. Bagi yang cukup yakin bahawa hidup ini sekadar laluan, jawapan dan peringatannya cukup mudah: Perbetulkan niat.
II) Hanya berani setelah pencen
Dalam konteks bercakap benar ini salah satu peringatan yang kerap dibisikkan oleh teman-teman ialah, “Orang-orang ini hanya ‘berani’ setelah pencen!”
Ya, betul walaupun bukan seluruh penyataan ini seratus peratus betul. Betul, semasa menjadi penjawat awam mereka kelihatannya seolah-olah sentiasa saja patuh dan tidak pernah berkata benar. Bagaimanakah kita yakin bahawa sebelum pencen orang-orang ini tidak berani berkata benar? Pernahkah kita ketahui penderaan yang telah mereka alami kerana telah berkata benar? Dan siapakah yang ketahui bahawa mereka yang berkata benar ini telah menerima akibatnya?
III) Bahagiakah orang yang tidak berkata benar?
Bagi saya ada ada dua tiga persoalan lain yang jauh lebih menarik dan cukup relevan.
Satu:
Berapa ramaikah dalam kalangan penjawat ini yang takut berkata benar ini menderita sebelum dan sesudah pencen dari jawatannya?
Dua:
Berapa ramaikah yang diam-diam menderita ― lahir batinnya kerana melihat kebobrokan yang maha dahsyat di sekeliling mereka tetapi masih memilih tidak berbuat apa-apa sebelum, sesudah mereka pencen (baca: menunggu 'mati'.)?
Tiga:
Apakah bakal terpejam rapatkah mata mereka akibat gelojak batin yang sedemikian hebat?
Saya tidak tahu orang-orang dari profesion lain. Tapi bagi saya, seorang penulis yang sejati yang menulis dari batinnya ― apakah tidak terdera jiwa raganya jika sehingga ke saat kematiannya masih lagi belum mampu berkata benar?
Wallahu'aklam.
Labels:
budaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment