Wednesday, May 12, 2010

Mahu ke mana kamu, wahai perkauman?


Politik orang-orang yang mati akal



Walaupun ramai yang memprotes dengan lantang dan nyaring bahawa politik samseng Sharif Dol Kampung Dusun (*) dengan membuli, mengancam dan menakut-nakutkan rakyat jelata tidak lagi boleh dipakai di negara kita, namun masih ada yang begitu sekali teramat sangat ghairahnya ― mereka mencari sub-kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja kotor samseng ini.


Aneh tapi benar, sahabat karib cukong besar sub-kontarktor ini adalah orang yang pernah satu ketika dulu menjadi pemimpin besar. Entah kenapa dalam kepala ‘hotak’ puak-puak(a) ini ada semacam keyakinan bahawa dengan membangkitkan emosi manusia, mereka pastinya kekal lama di tampuk kuasa.



Waraskah mereka ini?


Dulu mereka berpesta di Selangor, kali ini mereka berpindah ke Terengganu.


Apakah benih spesies KKK tahun-tahun 40an, 50an yang aktif di bahagian Selatan Amerika Serikat yang muncul di negara ini dalam abad ke 21 ini, akan terus bermaharajalela demi untuk menebus hutang PRU 12?



Apakah mereka yakin bahawa mereka pasti mendapat untung yang maha besar dengan berniaga emosi kelompok-kelompok tertentu rakyat negara kita?


Masih waraskah puak-puak(a) ini?


Atau mereka akan terus-terusan sasau sehingga ke akhir hayat.


Kenapa?


Mereka yang telah terbakar hangus kewarasannya kerana dihantui oleh keinginan untuk terus kekal berkuasa nampaknya tidak akan berhenti dengan kerja-kerja begini.



Oleh sebab itu, kita semua (seluruh rakyat jelata) perlu bangkit menentang kerja-kerja jahat ini.



(*) Watak samseng dalam filem P. Ramlie “Bujang Lapok” (?)





1 comment:

Anonymous said...

Poster-poster besar dengan wajah bekas peminpin besar boleh di nampak di tepi jalan jalan besar dan kecil di seluruh bandar Kuala Trengganu.
(Dilaporkan oleh Sin Chew Daily hari ini dengan gambar poster tersebut).

Aiyo ! Bekas peminpin beasr ini adalah towkay Kontraktor atau towkay sub-kontraktor !

Mengikut Poster itu semua dijembut hadir. Betul kah ?