Saturday, May 22, 2010

No, definitely we are NOT looking for Godot (*)



Berfikirlah di luar bingkai Godot.


Senario pertama

Seruan “Marilah kita berkata benar” ini ialah salah satu daripada mesej utama hadis sahih oleh Bukhari dan Muslim tentang pengalaman penuh derita, penderitaan batin Kaab bin Malik, seorang sahabat yang tertinggal dalam berjihad dalam peperangan Tabuk. Kemaafaan yang dinanti-nantikan oleh Kaab dan sahabatnya itu dijawab sendiri oleh Allah swt dalam Surah At-Taubah, ayat 118.

Subhanallah.

Senario kedua

Skandal Watergate yang akhirnya menamatkan sejarah kepresidenan Nixon, antara lain berpunca daripada kesalahan besar yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat Amerika. Bahawa presiden itu ternyata telah berbohong. Ya, benarlah sesungguhya seorang pembohong, ‘a liar’ tidak layak menjadi pemimpin. Itulah ukuran piawai, atau standard kualiti yang digunapakai oleh masyarakat yang bukan Islam di Barat dalam melantik pemimpin mereka.

Islamkah masyarakat Amerika itu?

Senario ketiga

Pada musim-musim para gergasi bola lagi gila membola, judi bola pasti saja sentiasa berleluasa, hujah pemimpin kita. Sama seperti telatah dua ekor burung yang bertenggek di atas pagar pun ― itu pun bahan untuk perjudian yang berleluasa. (Soalannya: Vincent manakah yang menjadi cukongnya?)

Atau pukul-berapakah-hujan-akan-turun-di Taiping-hari-ini, pun boleh dijadikan bahan perjudian.

Atau mungkin, kentut pak menteri manakah yang paling wangi, pun boleh juga dijadikan bahan berjudi.

Maka berdasarkan logik@mantik seperti itulah:

Judi bola, burung terbang, hujan di Taipng dan kentut Pak Menterikah sewajarnya dihalalkan dan dilesenkan. Tinggal mengenali siapa@kroni manakah cukongnya saja.


Senario keempat

Para pejuang Islam yang sangat tajam dan Harus terkini keislamannya belum-belum lagi bangkit, kelihatannya. Geng songkok setinggi menara Petronas pun belum juga terjaga dari mimpi. Itu, para Pahlawan Islam yang keluar parti asalnya demi mempertahankan Islamnya pun masih belum kedengaran. Mungkin kini masih-lagi-sedang sangat-sangat sibuknya menelaah kitab-kitabnya.

Alahai, alahai....


Senario kelima


Di sebuah negara yang struktur kewujudannya begitu sekali ditunjangi oleh para manusia (termasuk antara lain para penulis, sasterawan, budayawan, pensyarah dan intelektuanya) yang bermati-matian berfikir dan memegang mazhab logik bahawa kebenaran itu hak patent, milik sesiapa saja yang memegang tampuk kekuasaan, maka kita pun semakin-makinlah kelihatan pandirnya dalam hal-hal seperti judi bola ini.


Senario keenam


Renungilah petikan ini:


‘When tabling the state’s budget of 1991 on 11th December 1990, he banned all forms of gambling, declaring that gambling must not be solely viewed from the religious perspective alone, for the ills of gambling are but many ― for one it ‘leaks’ the finances of the state and it is a futile counter-productive greed which subverts the usefulness of valuable resources’


Itulah intipati kata-kata hikmat seorang pemimpin yang satu ketika dulu begitu sekali dicemuhi sebagai jumud dan kampungan!


Itulah TGNA...pemimpin kesayangan ramai ― rakyat jelata tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.


Pandirkah para pembawa Islam yang syumul?


(* ) Untuk yang meminati yang absurd sila lihat, Beckett, Samuel. Waittng for Godot, New York: Grove Press, 1954.




1 comment:

rahmat haron said...

the choice between the absurd n the unknown is very scientific...am not interested with the absurd...am into the unknown...