Membaca kolumn “Aspirasi”nya Mohd Rashidi Hassan halaman N29 dalam Harakah terbaru (iaitu bilangan 1572 bertarikh 8 – 10 Syawal 1431 bersamaan 17 – 19 September 2010), kita seakan-akan mengikuti pengisahan semula sebuah karma(1) yang dipaksakan ke atas ubun-ubun seorang manusia.
Ya betul, kita merujuk tulisan Mohd Rashidi Hassan yang bertajuk, “ Dilema seorang polis pencen”. Bagi saya pelbagai peranan bekas orang terbesar kepolisian itu, lebih-lebih lagi dalam episod penyingkiran-penuh-penghinaan mantan TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu jelas sekali digambarkan oleh penulis.
Episod-episod penuh intrig politik yang sangat memalukan kita sebagai satu bangsa ini cukup lengkap: Dari pencarian sisa air mani, bulu kemaluan yang mungkin luruh dan juga tilam yang saban hari diusung-jaja, masuk dan keluar mahkamah. (Bayangkan di Padang Abadi itu tilamnya bercakap-cakap kepada khalayak).
Itulah sejarah kehebatannya sebuah pemerintahan, yang katanya, bakal memacu negara ini menjadi negara maju dalam acuannya sendiri. Kita boleh baca dan renungi segala yang telah tersurat dan tersirat dalam sejarah kebejatan politik ini.
Episod-episod penuh intrig politik yang sangat memalukan kita sebagai satu bangsa ini cukup lengkap: Dari pencarian sisa air mani, bulu kemaluan yang mungkin luruh dan juga tilam yang saban hari diusung-jaja, masuk dan keluar mahkamah. (Bayangkan di Padang Abadi itu tilamnya bercakap-cakap kepada khalayak).
Itulah sejarah kehebatannya sebuah pemerintahan, yang katanya, bakal memacu negara ini menjadi negara maju dalam acuannya sendiri. Kita boleh baca dan renungi segala yang telah tersurat dan tersirat dalam sejarah kebejatan politik ini.
Rupa-rupanya episod penuh kehinaan ini, sama sekali tidak meninggalkan sedikit pun kesan kepada makhluk-makhluk spesis politik ini. Bukankah kita sedang menyaksikan episod keduanya?
Sebenarnya bukan itu yang mahu kita bicarakan dalam tulisan ini. Terdapat dua aspek yang menarik perhatian kita dan inilah yang ingin kita sentuhi; pertama cadangan penubuhan IPCMC, sebuah badan yang dicadangkan untuk ‘memoliskan’ pihak kepolisian dan kedua bagaimana para penulis, sasterawan dan penyair kita dapat ‘menmanfaatkan’ paparan sebuah karma seperti ini dalam berkarya. Itulah yang ingin kita bicarakan.
Mari kita kembali kepada persoalan yang pertama. Dalam tulisan tersebut Mohd Rashidi memasukkan pemerhatiannya berhubung tentangan terhadap penubuhan IPCMC:
“Yang lebih mengejutkan saranan IPCMC ditolak kononnya adalah untuk melindungi ramai anggota polis yang majoritinya orang Melayu. Membingungkan sekali alasan sebegini, sedangkan yang terlibat melanggar jalur hukum merupakan pucuk pimpinan polis. Berselindung di sebalik alasan kaum merupakan alasan dangkal yang cuba memperbodohkan rakyat.”
Kalaulah benar, ya kalaulah benar, bahawa di antara sebab musabab kenapa penubuhan IPCMC itu ditolak ialah kerana “kononnya adalah untuk melindungi ramai anggota polis yang majoritinya orang Melayu”, apakah mesej dan isyarat yang dapat kita baca?
Aspek pertama: Apakah mesej dan isyarat yang dapat kita baca?
Mesej pertama ialah selama ini kita tidak sedar:
i) Bahawa kepolisian kita, sama seperti institusi-institusi negara kita yang lain, rata-rata dianggotai oleh orang-orang Melayu (2) . Apakah kita tidak ketahui hakikat ini? Sejak bila jabatan-jabatan kita dipenuhi oleh orang-orang yang bukan Melayu?
Mesej kedua ialah:
ii) Bahawa hukum hakam@undang-undang negara kita tidak kenal siapa itu Melayu dan siapa pula yang bukan Melayu? Mungkinkah keadaan sudah terbalik kuang apabila IPCMC mahu diwujudkan?
Mesej ketiga ialah:
iii) Betapa mudahnya persoalan Melayu (dan juga Islam) itu begitu seringnya diperkuda dan dijadikan modal untuk menegakkan benang-benang hujah.
Begitulah Melayu, untuk ke sekian kalinya, kau telah mereka hanturayakan demi untuk menolak tanggungjawab.
Aspek kedua:
Apakah yang boleh diangkat kutip oleh para penulis, sasterawan dan penyair kita dalam episod karmanya seorang polis pencen ini?
Apakah yang boleh diangkat kutip oleh para penulis, sasterawan dan penyair kita dalam episod karmanya seorang polis pencen ini?
Tidakkah ada apakah yang menyentuh jiwa? Tidak teringinkah mereka yang istimewa ini yang rata-rata cukup peka(k) merakamkan peristiwa yang menyentuh nurani ini dalam karya-karya mereka?
Bayangkan bagaimana terseksanya batin itu. Dengarlah jeritannya yang memekakkan seluruh buana ini. Betapa memilukan.
____________________________________________________________________________
(1)Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, ‘karma’ itu bermaksud ‘ kerama, kutuk, sumpah: tak seorang pun yang terlepas daripada karmanya.
(2)(Sebenarnya isu Melayu dan bukan Melayu dalam institusi kita sangatlah menarik untuk dibincang dengan serius. Isu ini akan menjadi lebih menarik jika kita mampu membincangkannya dengan dada yang lapang dan hati yang jernih.
Kepada teman-teman, saya pernah mengutarakan satu soalan/hipotesis: Bagaimana misalnya kalau kita menempatkan seorang bukan Melayu ‘yang baik’ sebagai Ketua Pengarahnya Dewan Bahasa dan Pustaka? Ya, kita menempatkan seorang CEO kompeten yang menjiwai peranan sebenar DBP tanpa mengira asal usul, keturunanan, fahaman politik atau bangsa dan agamanya. Ertinya kita mengembalikan yang ‘haq’ ke tempatnya? Ini bermakna kita tidak nampak bahawa orang yang kita pilih itu siapa ― kecuali dia adalah seorang penjawat awam yang layak kerana kelayakan dan kebolehannya. Kebetulan pula penjawat awam itu seorang Malayalam yang nenek moyang berasal dari Kerala. Apakah kita masih rela berboskan Melayu yang...?
Apakah kita tidak yakin? Bukankah masjid dan surau kita telah rosak dan mandom kerana amalan memilih bulu dalam meletakkan pemimpinnya?
Apakah kita tidak yakin bahawa mengembalikan yang ‘haq’ itu sangat Islamik? Kalau ya, kenapakah kita takut kepada warna kulit, bahasa, rupa paras dan agamanya orang yang tidak sama dengan kita?)
No comments:
Post a Comment