Petunjuk buat kita
Video/Youtube “Malaysia4Change” yang disebut dalam posting semalam menggariskan senarai petunjuk kesejahteraan rakyat dan juga 12 petunjuk sebagai sebuah Negara yang telah gagal.
Marilah kita teliti apa dan bagaimanakah kedudukan kita.
1.0 Petunjuk kesejahteraan kita sebagai rakyat
1) Malaysia yang lebih baik (A better Malaysia)
2) Pendapatan yang lebih baik (A better income)
3) Negara yang bebas rasuah (A corruption-free country)
4) Makanan yang mencukupi (Food on the table)
5) Kebebasan berfikir dan memberikan pandangan (Freedom of thought and expression)
6) Sistem pendidikan yang lebih baik (A good education system)
7) Keadilan untuk semua (Justice for all)
8) Kesetiaan kepada negara (Loyalty to the country)
9) Perpaduan dan integrasi nasional (National Unity)
10) Tempat untuk berlindung (Roof over our head)
11) Keselamatan yang terjamin (Assured security for the Rakyat)
12) Semangat kesepakatan dan rasa setiakawan yang ikhlas (A genuine sense of belonging)
13) Sistem 2-Parti (A two-Party System)
Sementara itu terdapat 12 petunjuk bahawa sesebuah negara itu telah gagal (12 indicators of a failed nation. Sebagai tambahan sila dapatkan kumpulan esei Rustam Sani tentang subjek yang sama)
2.0 Dua belas petunjuk sesebuah negara itu telah gagal
1) Pembangunan yang tidak sekata dan bercirikan kaum (Uneven development along racial lines)
2) Penjenayahan dan atau pengharamjadahan Negara (Criminalization and or de-legitimatization of the State)
3) Kemerosotan perkhidmatan awam yang berterusan (Progressive deterioration of public services)
4) Berleluasanya pencabulan hak asasi manusia (Widespread violation of human rights)
5) Aparat keselamatan sebagai “negara dalam negara” (Security apparatus as a “state within a state”)
6) Peningkatan kelompok elit yang berpuak-puak (Rise of factionalised elites)
7) Tekanan perkauman (Demographic pressures)
8) Bilangan pelarian yang ramai (Massive amount of refugees)
9) Legasi kelompok pembalas dendam (Legacy of vengeance-seeking groups over past grievances)
10) Masalah pelarian manusia yang berterusan dan kronik (Chronic and sustained human flight)
11) Kejatuhan ekonomi yang parah (Sharp and severe economic decline)
12) Campur tangan negara luar atau unsur-unsur lain (Intervention pf other states or external factors)
3.0 Penutup
Mengikut paparan Youtube itu, kita telahpun mencapai 6 daripada 12 petunjuk tersebut. Ertinya kini, kita telah separuh jalan dalam visi mencapai taraf sebuah Negara yang gagal.
Apakah ini cerita yang hanya dibuat-buat oleh musuh-musuh politik Umno/BN?
Kita bakal temui contoh yang mudah.
Usah pergi terlalu jauh. Ambillah diri kita sebagai contoh. (Kecualilah tuan juga sebahagian daripada sistem itu). Lihatlah diri kita sendiri. Lihatlah kenyataan di sekeliling kita.
Itulah sebabnya kita sentiasa menyeru para penulis dan sasterawan sekalian untuk:
Berkata benarlah demi anak cucu dan cicit kita. Bertindaklah sebelum terlambat.
Perut kita yang merinin sekarang belum tentu mampu membawa kesejahteraan dunia dan akhirat.
Wallahuakalam.
No comments:
Post a Comment