"The politics of hunger: When policies and markets fail the poor”
Pesticide Action Network Asia and the Pacific (PAN AP), Penang, Malaysia, 2008
Writer: K. Prabakar Nair.
I) Ketamakan manusia dan pengaruhnya terhadap kemanusiaan
“Memang benar stok bijirin dunia berada di paras yang terendah dalam tempoh 30 tahun, namun begitu ini bukanlah bermakna bahawa pengeluaran bijiran dunia berkurangan. Ia mencukupi untuk dimakan oleh penduduk dunia. Masalahnya ialah apabila pangan (bahan makanan) untuk kelangsungan kehidupan manusia ini dijadikan komodoti untuk spekulasi dan tawar menawar. “ Itulah petikan pandangan sebuah NGO, GRAIN.
Tidak syak lagi inilah salah satu daripada akibatnya apabila kaum kapitalis memasuki dengan rakus arena dan terlibat secara langsung dalam bidang pengeluaran makanan misalnya. Senario ini tidak dapat tidak, mengingatkan kita kepada impak kemunculan pasar raya berskala mega dalam sesebuah negara/negeri terhadap masa depan dan kelangsungan hidup kedai-kedai runcit.
Apakah pengajaran yang dapat kita kutip daripada peristiwa-peristiwa sebegini? Dalam sistem yang mementingkan keuntungan dan laba semata-mata, kelihatannya tidak ada lagi itu ― yang namanya belas kasihan. Hatta makanan pun mereka jadikan medan untuk mengaut laba semahu-mahunya.
Sebagai kelompok yang peka(k) dalam masyarakat, apakah peranan para penulis dan sasterawan kita dalam hal-hal seperti ini?
Tidakkah adakah aspek-aspek seperti ini yang boleh digarap?
Namun yang lebih teratas sekali tentunya, apa dan bagaimanakah pula pendekatan pemerintah kita dalam hal-hal seperti ini? Bagaimanakah dengan polisi serta dasar seperti sandang dan pangan ini? Apakah kita memilih untuk bersekongkol saja?
Bagaimana pula pandangan kita dalam isu-isu seperti makanan vs biofuel, lambakan komodoti oleh para spekulator dan tanaman yang diubahsuai genetiknya (genetically modified crops)?
II) Petikan daripada “The politics of hunger: When policies and markets fail the poor”
Marilah kita ikuti, satu dua aspek yang terdapat di dalam buku di atas.
Dalam paragraf pertama prakatanya, mesejnya berbunyi begini:
‘Food is a basic people’s right. It is a biological need and it is necesary for survival. However, small-scale farmers who produce much of the world’s staple food (rice, wheat and corn) are now experiencing loss of livelihoods, lands and resources due to policies and markets that fail the poor.’
Dalam yang lain pula, pandangan ini dibentangkan:
‘Liberlisation and globalisation are said to bring “global prosperity” but in truth, millions of people are hungry and their numbers are steadily increasing.”
Sementara itu dalam “Recommendations”, kita temui cadangan seperti berikut:
11. Take WTO out of agriculture
The WTO, by formalising and supporting a grossly distorted global agriculture trade system, has played havoc with the lives of millions of small-scale farmers and workers around the world, as experience with the WTO system for over a decade has shown. And there is not much hope for changing the WTO trade rules rigged in favour of the powerful developed countries and TNCs (Transnational Corporations) as recent developments in trade negotiations at the so-called Development Fund or the Doha Round of talks to correct these distortions have shown. The best way to solve the problem is to take the WTO out of the ambit of agriculture.”
Marilah kita renungi persoalannya bersama.
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment