Sunday, October 24, 2010

Wawasan kepimpinan NUJ yang baru

Wawasan presiden baru, NUJ National Union of Journalists, Hata Wahari



Dalam akhbar the Sun hari Isnin,  14 Oktober 2010 terdapat satu wawancara menarik, berjudul “Awakening a sleeping giant” oleh Zakiah Koya dengan Hata Wahari tentang kebebasan akhbar dan pelan pihak union itu,  untuk memperbaiki keadaan sedia ada.    

i.  Intipati wawancara

Hata Wahari telah menyentuh pelbagai isu, namun di antara persoalan yang menarik adalah isu-isu kebebasan media, tanggungjawab editor, kawalan berlebihan kerajaan terhadap media, masalah periuk nasi wartawan, etika kewartawanan, Akta dan Undang-Undang sedia ada dan pengaruhnya terhadap kebebasan media seperti Akta Mesin  Cetak iaitu Printing Presses and Publications Acts 1984 (PPPA), Akta Rahsia Rasmi, Official Secrets Act 1972 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, ISA.

Beberapa pandangan Hata


ii.  Tentang wartawan dan kewartawanan


Terdapat dua jenis wartawan, kelompok pertama ― mereka yang mendapat ‘pendedahan’  ‘revelations’ daripada bos masing-masing, sementara golongan yang kedua pula menulis ‘apa yang mereka dengar dan lihat’.

Mereka yang mendapat pendedahan para bos bersikap demikian demi untuk menjaga periuk nasi masing-masing.

Kata Hata, para wartawan mestilah mematuhi etika kewartawanan, berani mengemukakan soalan-soalan yang sukar, tidak gentar menjalankan tugas dan sayugia membiarkan para editor mereka membuat keputusan dan bertanggunjawab terhadapnya.   


iii.  Tentang kesejahteraan para wartawan


Untuk pergi jauh,  isu yang perlu ditangani mestilah melangkaui soal-soal periuk nasi semata-mata.

Perlindungan dan pembelaan undang-undang kepada para wartawan kerana menjalankan tugas mestilah juga ditangani.



iv.  Akta dan undang-undang yang tidak kondusif 

Kini wujud Akta dan Undang-Undang yang begitu mengongkong dan mencengkam: Akta Mesin  Cetak iaitu Printing Presses and Publications Acts 1984 (PPPA), sebuah akta yang perlu dimasuhkan dan (atau) dipinda.  Di samping kita temui Akta Rahsia Rasmi, Official Secrets Act 1972 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, ISA.

v.  Liberalisasi media ― bukan sekadar kebebasan akhbar

Beliau juga berbincang perihal liberalisasi media dan bukannya sekadar kebebasan akhbar semata-mata. Media yang dikawal sepenuhnya dan begitu ketat sekali oleh Kerajaan tidak kondusif untuk menarik pelaburan asing.

Oleh sebab itu,  kita bukan hanya bercakap tentang kebebasan media saja tetapi juga tentang liberalisasinya demi untuk mengembangkan industri tersebut.  Selama 50 tahun kita memiliki media yang sama.  Kita mahu PPPA dimansuhkan.  Kita tidak mahu kuasa yang mutlak Menteri  Dalam Negeri terhadap media.  Masalah besar kita ialah apabila media dikawal sepenuhnya dan begitu ketat pula oleh Kerajaan, pihak pelabur ogah/tidak mahu melabur. 

Sekarang ini pun, setiap tahun, kita perlu perbaharui lesen!  Bayangkanlah kongkongannya.


vi.  Penguasaan media oleh parti-parti politik


Akhbar yang dikawal oleh parti-parti politik sentiasa berpihak kepada tuan-tuan politik mereka.  Oleh sebab itu, kita lihat akhbar kerajaan tersangat pro-Kerajaan sementara yang pembangkang pula akan menyebelahi Pembangkang. 

Keadaan ini perlu berubah demi kebaikan negara kita.


vii.   Media dan IT

Adalah tidak benar kewujudan IT dan pelbagai portal membuat media cetak menjadi tidak relevan.  Terdapat contoh dan bukti bagaimana edaran akhbar-akbar yang bebas seperti Sin Chew, Nanyang dan the Sun terus meningkat walaupun IT berkembang pesat.


ix.  Penutup      

Kita mulai melihat sedikit perubahan (paling tidak keazaman yang diungkapkan oleh Presiden barunya) dalam NUJ. 

Bila lagi agaknya para sasterawan kita dapat menikmati kemerdekaan mereka? 

Sasterawan (sejati), apabila berkarya, tidak pernah peduli bahawa dia ada periuk nasinya yang perlu dijaga.

Bila?
Bila lagi?




No comments: