Wednesday, October 20, 2010

Yang terbaik adalah status quo


Kuasa yang amat menentukan


Seorang teman menceritakan bagaimana isterinya sering kehairanan setiap kali melihat para penghuni di taman perumahannya seperti tidak mau berhenti-henti  mengubahsuai rumah-rumah mereka.      

“Baru saja diubahsuai, sekarang ubahsuai lagi...”

Kata teman saya lagi, “Aku juga tertanya-tanya di manakah orang-orang ini mendapat duit yang begitu banyak  untuk membeli rumah yang sudahpun juta-juta sekarang?”

Kalau dibandingkan dengan gajinya sebulan ― termasuk elaun dengan harga sebuah rumah, berapa tahunkah seseorang penjawat awam itu perlu menabung sebelum dapat memiliki sebuah rumah?   

Katakanlah harga rumahnya RM 350,000.00(*) (tiga ratus lima puluh ribu sahaja) dan gajinya, termasuk elaun ialah RM 3,500.00 (tiga ribu lima ratus saja) ― ini bermakna dia perlukan 100 (satu ratus bulan) gaji untuk mendapatkan rumah tersebut.  

Bagaimana pula dengan hutang keretanya, kereta isterinya?  Hutangnya semasa mendapatkan ijazah pertamanya, hutang untuk mendirikan rumah tangga (yang kadang-kadang sangat membazir, boros, terlalu bermegah-megah, mungkin kerana begitu terpengaruh dengan suasana dan budaya sekeliling, yang tidak sihat). 

Berapa lagi yang bersisa ―tabungan masa depan?
Bagaimana kalau ada ibu bapa yang sangat memerlukan bantuan anak-anak?


ii.


Itulah sebabnya kita sangat sedih dan sayu membaca bagaimana seorang manusia itu masih lagi tega mendabik dada bahawa “semasa aku memimpin, telah kubina sebuah menara yang tersohor ke seluruh dunia.”


Apakah mereka ini masih lagi jejak di bumi yang nyata?  Atau apakah mereka sudah berada di dunia lain, di alam lain ― sehingga mereka tidak lagi nampak realiti yang dihadapi rakyat yang terbanyak?


Apakah itu maknanya menjadi pemimpin sesebuah negara?
Apakah yang sudah terjadi dengan kita sebenarnya?
What,  the hxxl is really happening with us?


iii.

Kitakah enau di dalam belukar itu?

Kita? ― rakyat Malaysia: Cina, Melayu, India, Kadazan, Murut, Dayak, Temiang enau dalam belukar itu?

__________________________________________________________________
(*)Pelbagai hujah boleh kita berikan.  Siapakah yang mampu membeli rumah yang harganya sedemikian, tatkala mereka mula-mula bekerja?  Bukankah ada pinjaman Kerajaan, bank dll?  Bukan itu isunya.  Yang lebih menarik untuk diteliti dan dibandingkan ialah bagaimanakah kualiti hidup kita telah mengecut.  Rasanya, golongan menengah kita bukan saja kian mengejut tapi juga semakin melarat jika dibandingkan dengan mereka yang terdahulu. 

Kalau benar begitu, kenapakah terjadi demikian?  Bukankah kita telah merdeka?  Bukankah sumber alam negara ini melimpah ruah?  Adakah kerana Singapura memiliki telaga minyak,  maka republik itu jauh  ke depan daripada kita?  Kenapakah begitu?   

Sudahkah tumbang Kerajaan Pas Kelantan, 1990 itu ‘dalam tempoh paling lama enam bulan’?  Katanya,  Pas pasti tumbang kerana ia ‘parti yang kolot, taksub, fanatik gilakan hudud yang dipimpin oleh Tok-Tok Lebai’?      

Ini adalah persoalan yang mesti dilihat oleh rakyat jelata.   Anak-anak muda pelbagai kaum,  baik yang Murut maupun yang Siam, mereka wajar teliti persoalan ini.  Biarkan golongan Melayu yang masih percaya bahawa status quo adalah yang terbaik untuk negara ini.

Melayu yang amat yakin bahawa hanya Umnolah penyelamat mereka,  akan berubah juga akhirnya, insya-Allah kecuali...ya, kecuali mereka yang berkepentingan@ada kepentingan yang cukup besar pula.

Bukankah begitu?



1 comment:

Anonymous said...

ubah suai rumah itu penyakit bro.

ajones.