Wednesday, November 10, 2010

Acara 1 Muharram, 1432H (7 Disember 2010)


HIMPUNAN SENIMAN MENYOKONG “KAMPONG WARISAN KL(1)



Tempat: Madrasah Tarbiah, Kampung Bandar Dalam
Tarikh:  1 Muharram, 1432H bersamaan dengan 7 Disember 2010 (Selasa)
Masa: 5 petang sehingga 11.30 malam

Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Budayawan Bertindak (BB) dan Muafakat, akronim untuk Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,  telah memutuskan untuk mengadakan himpunan penyair dan seniman untuk menyokong “Kampong Warisan KL”(2)


II.  INGIN MENGAMBIL BAHAGIAN(3)?


Sila emel karya saudara:

Kepada: Saudara Pyanhabib ke alamat emel ―  pyanhabib@gmail.com

Sebelum 20 November 2010.

Karya-karya (tak kira apa saja yang mahu dibaca ― sajak, pantun, syair, seloka dll) akan dibaca pada hari perhimpunan pada awal Muharram, 1432H.


________________________________________________________________

(1) Kampung Bandar Dalam, Kampung Padang Balang, Kampung Chubadak, Kampung Puah,  Kampung Sungai Merali, Kampung Sungai Mulia.


(2) Petikan menarik dalam buku “Dirgahayu 150 tahun Kampung Bandar Dalam Kuala Lumpur (1860 – 2010):  Tanah Pusaka Warisan Bangsa”:

Haji Ishak Surin, Ketua Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur, dalam kata-kata aluannya yang bertajuk,  “Meniti liku-liku perjuangan” antara lain merakamkan:


“Dengan memohon keredhaan dan pertolongan daripada Allah S.W.T bahawa perjuangan mempertahankan HAK dan menyanggah KEBATILAN yang sedang kita teruskan ini adalah merupakan perjuangan suci yang dituntut oleh Islam.”

...

Apa saja muslihat dan tipu daya yang dilakukan; sebarang madah dan janji-janji manis yang disogokkan; pada hakikatnya adalah satu perancangan untuk memperdaya.  Dengan kata-kata yang lebih mudah difahami adalah perancangan halus yang bertujuan mahu menyingkirkan kita daripada tanah pusaka ini.  Oleh itu perbuatan jahat dan terkutuk ini mesti ditentang habis-habisan.”


Sementara Pak Samad, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dalam buku yang sama merekodkan pemerhatiannya:


“Berpantunlah selagi ada madah, menangislah selagi ada air mata.”

Kampung Bandar Dalam mungkin akan tinggal hanya sebagai hiasan nama jalan, nama sekolah atau nama taman perumahan yang tidak bakal teringat dan diketahui oleh orang akan sejarah peneroka tulen datuk nenek asalnya.  Dan apakala peneroka-peneroka tulen dan asal itu menjadi arwah segalanya akan luput dalam kelupaan.

Sejarah bukan sejarah kerana bukti fisikalnya sudah semudahnya ditakek.  Anehnya, dimungkinkan oleh tangan bangsa Melayunya sendiri.  Beruntunglah kita atau generasi baru yang sedia ingin mengetahui asal usul penerokaan dan kehidupan leluhurnya kerana perjalanan dan pengembaraan jauh datuk nenek itu sempat diabadi dan diwarisi.”


Maka,

Dengan latar yang ringkas ini,  kita mohon dan menyeru seluruh penyair, seniman dan budayawan tanah air untuk sama-sama berkumpul dan menjayakan:  

“Himpunan(3) penyair dan seniman menyokong “ Kampung Warisan KL”

Selamat berjuang.

Amin.






No comments: