Wednesday, November 10, 2010

Amat teruja dengan kesungguhannya


Mereka yang lebih mengetahui perihal perasaan Maha Penciptanya(1).


Kalaulah dia seorang pemandu pelancong, memang dia benar-benar bersungguh-sungguh memandu pelancongnya untuk mengerti apakah itu ibadah sembahyang dalam Islam. Namun bagi saya, sememangnya dia begitu bersungguh-sungguh mahu memahamkan tetamunya yang berdua ini; seorang pria dan seorang wanita, bagaimanakah orang-orang Islam bersembahyang.

Kenapakah kita berkata begitu?  Ketika bertemu di serambi Masjid yang tersergam indah itu, tetamunya sudahpun berpakaian seragam labuh,  hijau tua warnanya. Semasa berada di ruang atas Masjid,  saya terdengar azan dikemundangkan walaupun waktu zohor telahpun kira-kira sejam berlalu.  Rupa-rupanya saudara kita sedang berdemonstrasikan, azan kepada tetamunya.

Selesai zohor saya dapati, dia sedang menjelaskan maksud gerak geri sembahyangnya tadi.


ii.


Saya tidak tertahan lagi melihat segala kesungguhannya, lalu mohon supaya dirakamkan peristiwa itu...

Agaknya,  apa lagi kata-kata puak-puak yang bising-bising tempoh hari tentang peristiwa Aduna (pinjam istilah Pak Samad) Serdang yang katanya,  bertazkirah dalam surau itu?  Apakah Masjid yang tersergam indah ini sudah tercemar kerananya? 

Apakah kita sudah terlupa dengan telatah puak-puak itu kerana sesungguhnya kita adalah dari spesies yang ‘memang mudah lupa’?


___________________________________________________________________
(1)Bila ada seorang Naib Presidennya berkata bahawa hukuman Allah telah sampai kepada kumpulan oposisi, saya teringat peristiwa yang berlaku semalam dan juga peristiwa yang telah menimpa seorang YB kerana katanya, telah ‘bertazkirah’ di dalam surau.   





No comments: