Hutang yang kita timbun
Pembangunan? Membangun?
Kalau ada yang masih berpendapat bahawa pemerintah yang baik adalah penguasa yang gemar, bermurah hati dan murah sekali dengan hadiah-hadiah pembangunan kepada rakyatnya, baik juga jika pandangan streotaip yang sebegini diteliti, dinilai semula.
Kos pembangunan bukanlah sekadar kos@bayaran untuk membangun segala fisikal ― seperti membina jalan raya, mendirikan jambatan atau menyediakan sistem pengairan tetapi juga kos melepas yang perlu ditanggung akibat pilihan kita membina prasarana-prasarana seperti di atas.
Maksudnya begini, katakan kita memiliki 10 bilion, sumber kewangan yang terhad, dan kita telah memilih menggunakannya untuk membina jambatan, jalan raya dan sistem pengairan. Dengan membuat pilihan yang begini, kita tidak lagi dapat membina pondok moden atau sekolah Cina. Kita membuat pilihan ini kerana pelbagai sebab ― paling utama tentunya kerana rakyat jelatalah yang akan mendapatkan manfaatnya.
Itulah sebab paling utama, kenapa kita redha berbelanja besar.
ii.
Sebenarnya ada lagi kos melepas yang perlu ditanggung, biasanya oleh zuriat keturunan kita. Dengan memantak cerucuk tiang jambatan ke dalam sungai, kita dan segala zuriat keturunan kita telah kehilangan sebuah sungai yang asli. Kos kita mengorbankan keaslian sebuah sumber alam.
Yang jelas, sungai itu tidak mungkin lagi dilayari bot dan tongkang, misalnya.
Sungai, kadang-kadang dilihat sebagai penghalang pembangunan itu, akan menjadi penting apabila rumah, bisnes, harta hatta nyawa kita musnah akibat banjir.
Siapakah pedulikan semua ini jika matlamat terakhir, the bottom linenya kata mereka yang elit itu, ditentukan oleh gabungan gerombolan para cukong dan politikawan rakus?
Ya, siapa peduli?
Kautlah sebanyak yang terkaut, sementara jengkaut itu masih lagi milik kita.
Betapa kesiannya, kamu ―1Malaysia.
No comments:
Post a Comment