Mengekang suara resah rakyat
Aliran Monthly bilangan PP3739/12/2003 pernah membawa tajuk, “ Clampdown on Media Freedom” iaitu tajuk artikel Anil Netto yang antara lain menyatakan,
“ The authorities may have raided Malaysiakini, but they cannot stifle aspirations for greater participatory democracy”. Anil memulakan tulisan dengan berkata, “ The uproar over the police raid on Malaysiakini may have subsided but the aftershock continues to be felt. Now may be the opportune time to reflect on the importance of media freedom in building participatory democracy and a vibrant civil society.”
Pada 27 Januari, akhbar The Sun di bawah tajuk – ‘Sedition, media laws explained’ yang ditulis oleh Karen Arukesamy, antara lain menyatakan:
“Gudelines to simplify and provide a better understanding of the Printing Presses and Publications Act (PPPA), Sedition Act and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) Act will be drawn up soon.
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of parliamentary affairs and law Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz told a media conference in Parliament yesterday that this is in view of irresponsible threats to national security.
When it comes to national security, nothing is above it. People may argue that the 10-point Bill of Guarantees of the Malaysian Mutimedia Super Corridor, the government has promised not to censor the internet, but national security superceeds the bill, “ he said after chairing a meeting of the Strenghtening Government Communication Strategy Committee established last year.”
ii.
Ini bukanlah kali pertama kita mendengar hujah dan rasional pihak Penguasa apabila mereka memutuskan mahu menjerutkan lagi tali kuasa itu ― tali kuasa buat membelit kotak-kotak suara rakyat jelata yang resah.
Demikianlah mudahnya hujah itu mereka kitar semula ― demi keselamatan negara ― hujah yang pernah mereka lontarkan tatkala mereka begitu ghairah sekali mahu mengabsahkan ISA.
ISA yang ternyata sering kali digunakan/disalahgunakan untuk membungkamkan suara-suara rakyat yang menentang salah laku Sang Penguasa.
Mereka yang lama berkuasa itu sentiasa saja memilih jalan yang sama, setiap kali gagal untuk berhujah; dan setiap kali gagal untuk meninas pelbagai kritikan yang diangkat ke hadapan khalayak oleh rakyat jelata.
Sang Penguasa yang sangat mabuk@mangli dengan kuasa dan salah laku yang ditimbunnya selama ini, ternyata tidak lagi berupaya untuk berdepan dengan pelbagai kritikan terbuka.
Hatta tatkala diajak untuk berdebat/berbincang secara terbuka dan langsung di hadapan seluruh khalayak (baca:rakyat jelata) pun, mereka ogah.
Mereka tidak lagi betah berhujah; ternyata begitulah adanya.
Mereka yang berkuasa ini begitu ghairah sekali mahu meregangkan otot-otot itu...sesungguhnya, ternyata begitulah maunya.
No comments:
Post a Comment