PPPA, Akta Mesin Cetak dan pemerintah
Pandangan atau buah fikiran sesorang itu boleh saja berbentuk sokongan atau mungkin juga sokong-membawa-rebah kerana tidak ikhlas@mengampu. Sokongan yang membina mampu dijadikan daya pendorong sehinggakan yang dipuji bersungguh-sungguh melipatgandakan usahanya.
Sementara ‘mengampu’ pula adalah kerja jahat lagi bejat kerana tidak ikhlas dan mungkin juga sarat kemunafikan sehinggakan yang diangkat itu tersalah tingkah kerana mendapat maklum balas yang salah. Hanya pembesar yang dungu saja yang rela telanjang bulat kerana puji-pujian palsu. (Masih ingat dongeng baju baru Sang Maharaja ― The emperor’s new dress?).
Kritikan yang pedas, tajam tapi benar adalah ubat buat yang dikritik, khususnya Pemerintah. Pemerintah yang baik dan bertanggungjawab tentu sekali sangat gembira mendapat maklum balas tentang prestasinya@performancenya. Hanya bapa yang dungu dan buta mata hatinya yang tidak dapat melihat perbuatan yang ikhlas. (Masih ingat ‘Kasihku kepada ayahnda samalah seperti garam dalam makanan’ – ‘Sabaruddin Tukang Kasut’nya almarhum P. Ramlee?)
ii.
Ura-ura, katanya, pemerintah mahu meminda Akta di atas dengan memperketatkan kawalan terhadap media alam siber seperti blog, buku muka@facebook dan media baru lainnya sudah mendapat tentangan yang cukup hebat daripada pelbagai kelompok rakyat.
Dalam konteks ini apakah pemerintah dapat melihatnya (media alam siber ini) sebagai satu saluran maklum balas yang positif atau apakah media ini adalah sumber fitnah yang sangat negatif?
iii.
Tan Lee Ooi dalam bukunya “Dinamika Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia”,(*) Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2010 (http://www.ukm.my/penerbit) merakamkan bahan berikut:
‘Satu lagi jenaka dalam bentuk teks yang bertajuk “All Missing” juga tersebar luas. Jenaka tersebut adalah seperti berikut:
All missing
Vote Najib, Mongolian missing
Vote Eusoff Chin, justice missing
Vote Ahmad Fairuz, truth missing
Vote Lingam, memory missing
Vote Khir Toyo, temples missing
Vote Idris Jusoh, Ayah Pin missing
Vote Adnan Yaakob, dignity missing
Vote Ali Rustam, Pig missing
Vote Musa Aman, Mazu missing
Vote Badrulddin, non-Muslims missing
Vote Mohd Said, one eye missing
Vote Tengku Adnan, bloggers missing
Vote Khairy, racial harmony missing
Vote Hishamuddin, tolerance missing
Vote Bung Mokhtar, women missing
Vote Rafidah, transparency missing
Vote Zainuddin, information missing
Vote Zakaria, procedures missing
Vote Abdul Aziz Kadir, Selangor Chinese Assembly Hall missing
Vote NEP, investors missing
Vote quota system, top brains missing
Vote Dato’ Bandar KL, Bkt Kiara missing
Vote Dato’ Bandar PJ, Bkt Gasing missing
Vote PDRM, security missing
Vote Eric Chia, Perwaja missing
Vote Chua Soi Lek, Viagra missing
Vote Chan Kok Choy, FTZ missing
Vote Samy Vellu, Maika shares missing
Vote Ong Ka Ting, Chinese schools missing
Vote Pak Lah, the future missing
Come March 8, make sure your votes are NOT missing!”
Apakah ini jenaka atau pun ‘fitnah’ yang mesti dihapuskan?
Maka oleh sebab itu PPPA mestilah dirombak untuk melawan idea dan pemikiran yang tidak begitu menyenangkan seperti ini?
Jika jawapannya adalah, ‘YA’ yang besar ― jelaslah bahawa kita masih berada dalam dunia ketiga.
_____________________________________________________
(*) Sila dapatkan nashkah tuan. Buku ini cukup menarik untuk diteliti.
No comments:
Post a Comment