Tuesday, August 23, 2011

Agendanya: Terus berkuasa

Menggelupur sebelum mati


Perkara yang mesti dihindarkan dengan segala tenaga@’riang’ dimilikinya ialah memastikan kuasa dan cengkamannya itu tidak lolos, terlucut dari genggamannya.  Untuk mencapai matlamat itu, mereka boleh saja berperang dan bertempur, berbunuh-bunuhan sesama sendiri, di mana saja, bila-bila saja dan sepanjang masa.  Ya, mereka boleh saja bertempur baik di depan maupun di belakang tabir.  Sekarang ini rakyat boleh tahu bahawa mereka bertempur sesama sendiri. 

Itu semua tidak penting.  Yang paling penting kuasa itu jangan sampai lolos@tercabut.

Untuk terus kekal berkuasa agenda mengekalkan kuasa itu mestilah mantap, tersusun dan berjaya dilaksanakan dengan berkesan.  Dan dalam agenda tersebut tentulah terdapat urutan keutamaannya.  Ertinya tindakan yang manakah yang mesti didahulukan dan yang mana pula perlu dikemudiankan.

Semua ini dirancang, diteliti, difikirkan dan diteliti lagi untuk dilaksanakan oleh para pemikir dan think tanknya.

Yang jelas untuk berkesan, musuh mestilah dimusnahkan dengan berkesan dan tuntas pula.  Musuh ─ seperti juga angkatan dan armada tentera yang lain, memiliki ketuanya.  Ketua adalah jentera yang menggerakkan seluruh misi pertempuran itu.  Ketua adalah lambang kepimpinan yang utama.  Maka kepala jentera ini mestilah dimusnahkan terlebih dahulu.

Ya, naga yang tidak berkepala bakal menjadi katak puru yang boleh dilenyek sesuka hatinya.            

Ertinya yang paling utama dalam urutan tindakan tentulah menghapuskan kepala itu.  Itulah yang sedang berlaku sekarang ini, saat ini.

2.

Di sana terdapat segala urutan keutamaan tindakan lain yang disimpannya dengan baik di dalam sakunya.  Apabila tiba masanya nanti,  semua dan segala senjata itu dikeluarkan,  satu persatu atau secara total.


3.

Apakah pilihan-pilihan yang rakyat miliki?

Apakah pilihannya supaya rakyat tidak diratahnya seperti gerombolan singa lapar, rakus - membaham anak kambing kerdil?

Adakah seluruh rakyat itu anak kambing kerdil?


No comments: