Wacana Budaya Dinsman tentang riba yang mencengkam kehidupan kita telah mendapat perhatian seorang pembaca Harakah. Komennya telah dikirimkan kepada Dinsman. Berikut kita siarkan komen teman yang memperkenalkan dirinya sebagai Nizam. Sila ikuti hujahnya.
MENGAPA MEMBENARKAN BANK MENCENGKAM HIDUP KITA?
Assalamualaikum Saudara,
Saya mengikuti tulisan saudara di setiap keluaran.
Tajuk di atas dan juga sistem ekonomi Islam yang saudara lontarkan sangat menarik minat saya dan saya ingin berkongsi pandangan saya dengan saudara mengenai tajuk di atas.
Kita sedia maklum, sebaik sahaja kita membuat pinjaman bank, sebenarnya kita telah menggadaikan kemerdekaan diri kita.
Lagi besar pinjaman yang dibuat, bertambah tak merdekalah kita. Habis, bagaimana caranya nak berniaga kalau tak buat pinjaman bank?
Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli, di samping itu Allah juga perintahkan kita mengeluarkan zakat harta dan wang dll.
Kalau harta itu duit, nisabnya 2.5% setahun, apabila cukup syaratnya.
Bayangkan kalau kita tak ada bank, di manakah si kaya A nak letakkan duit yang tak terpakai itu? Kalau disimpan di rumah, takut kalau-kalau dicuri atau paling tidak dalam masa 40 tahun (40 x 2.5%=100%) wang itu akan habis juga untuk zakat.
Jadi dia tak boleh pendam duit ini, dia kena roll, nak tak ndak dia akan cari tempat untuk melabur, maka dicarinyalah si B yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan sebab belum cukup modal untuk membesar. Maka berkongsilah A & B dalam perniagaan si B
(Islam tak melarang nisbah perkongsian, terpulanglah kepada A & B untuk berbincang).
Katakanlah perkongsian itu 50:50 di samping B kena mengeluarkan 10% daripada keuntungan untuk membayar pinjaman modal yang A berikan. A akan melupuskan pegangannya setelah modal dikembalikan. Setelah sekian lama, maka B akan memiliki sepenuhnya perniagaannya.
Disebabkan si B tak boleh menyimpan di bank, B juga kena mencari tempat untuk melabur dan mengulangi peroses di atas di samping A.
Katalah B gagal dalam perniagaannya, A hanya hilang modal dan B tak muflis masih merdeka diri. Bagaimana nak gagal sebab A akan membantu sebab modalnya tertanam di sana?
B juga akan lebih kompetetif sebab kos dananya sifar.
Jika proses ini diulang-ulangi inilah dia bagi saya sistem ekonomi Islam. Siapa perlukan bank?
Sekian, terima kasih.
Nizam
No comments:
Post a Comment