Monday, August 8, 2011

Bosku sukakan kejutan


Budaya menghormati bos


Setiap organisasi ada susun lapis kepimpinannya; hierarkinya.  Paling besar dan teratas  CEOnya, ketua pegawai eksekutif  yang bertanggungjawab kepada para pemegang saham.  Dalam struktur perkhidmatan awam, ketua yang mengepalai sesebuah Jabatan kerajaan ialah Ketua Pengarah (KP) yang berketuakan Ketua Setiausaha Kementeriannya.  Kekadang ada menteri yang berhubung langsung dengan seseorang KP.   

Dalam struktur pentadbiran negeri, parti atau gabungan parti yang mendapat majoriti dalam pilihan raya diberikan mandat@amanah untuk menubuhkan kerajaan negeri.  Ini bermakna gabungan parti-parti politik seperti Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Pas, PKR dan DAP, pemilihan para pemimpinnya bergantung kepada kriteria-kriteria yang dipersetujui bersama oleh parti-parti yang berkaitan dan juga peraturan dan undang-undang sedia ada.  Misalnya ada undang-undang tubuh negeri yang menentukan bahawa Menteri Besarnya mestilah Melayu dan beragama Islam.

2.

Agihan dan komposisi saf kepemimpinan sesebuah negeri itu bermula dan dikepalai Menteri Besar yang dibantu oleh para exconya.  Jika sebuah kapal itu dipimpin oleh SEORANG kapten, maka sebuah negeri pula dipimpin oleh (hanya seorang saja) Menteri Besar.   Bos sesebuah negeri yang bertanggungjawab sepenuhnya ─ sama ada karam, terkandas atau tersasarnya pelayaran sesebuah negeri itu ialah Menteri Besarnya.  Dan untuk mencapai matlamat itu, SEMUA awak-awak kapalnya MESTIlah berketuakan Menteri Besar yang seorang itu saja.


3.

Jika ada bahagian-bahagian tertentu kapal yang telah rosak atau dirosakkan dan bahagian itu tidak lagi dapat berfungsi dengan baik, logiknya dan ─ sewajarlah sang kaptenlah yang paling dahulu mengetahuinya.  Bukankah begitu?  

Dalam kes kerosakan begini, bayangkanlah apa yang bakal terjadi, jika sang kaptennya tidak dimaklumkan@dipedulikan. Kapten kapal tidak dimaklumkan bahawa ada bahagian-bahagian tertentu kapalnya, didapati rosak.

Bayangkan pula senario si tukang masak yang kelihatannya amat sibuk dan kalut sekali.  Maka berlarilah dia, si tukang masak itu,  ke sana ke mari, di atas dek kapal,   mencari apam balik untuk menampalkan buritan kapal yang bocor itu.


4.

Dalam mana-mana organisasi hal-hal yang paling asas, yang paling fundamental seperti menghormati ketua, mestilah ditegakkan. Si bijak yang bertindak secara sendirian lebih baik dilantik menjadi Rambo.  Kita boleh berikan tugas-tugas khas kepada Si Rambo ini:  Biarkan dia menembak babi hutan yang memusnahkan tanaman atau anjing-anjing  jalanan yang berkeliaran.

Kenapakah begitu? 

Si Rambo, tak terdaya bekerja dalam satu pasukan, begitu gemarkan kejutan.



No comments: