Jurubakar baru
Sepanjang malam dia sukar mencari suiz tidurnya. Sepanjang malam itu, sebaik saja selesai solat taraweh sehinggalah bersahur esok paginya, dia tercari-cari formula yang terbaik untuk melindungi hartanya semasa hidup dan ─ harta yang mahu dibawanya setelah mati. Telah puas direnunginya pelbagai dan segala macam pilihan yang disenarainya dalam kepala. Ternyata segala pilihan itu tidak boleh lagi dipakai, kecuali satu.
Maka esoknya sebaik saja selesai solat Jumaat, di depan masjid, dibakar mentari yang garang, dia pun berteriak sekuat-kuat hatinya:
“Akan kubakar!!!! Yaaaa! Akan kubakar segala yang menghina itu!!!!”
Pak Pandir melihat episod-selesai-solat-Jumaat itu dengan mata yang tidak sedikit pun berkelip.
Sebaik saja sampai ke pondoknya, di Kampung-Ada-Lagi-Bertong-Tong-Dokumen, Pak Pandir menceritakan pengalaman barunya itu kepada Mak Andeh:
“Andeh, hari ini ahli kumpulan pembakar telah bertambah lagi.”
“Ya?” Mak Andeh membetulkan kaca matanya.
“Yang dulunya membakar jamban tan, yang ini mau membakar portal”
“Elok tu, Paknya sudah lama jadi ahlinya. Dah layak jadi Presiden!”
“Ya? Biar betul?” Pak Pandir teruja.
“Apa Pak Pandir lupa, awak juga jaguh bakar? Pembakar tahi lembu baja.”
“Lebih bagus membakar emosi birahi bini...”
2 comments:
Salam Tuan Barajiwa,
Sinis tulisan tuan kali ini.
Pada saya si pembakar itu hanya mahu mengkabarkan kepada dunia betapa dia masih wujud dan relevan sebagai calon pilihanraya agaknya.
Tuan,
Bayangkanlah, orang ini bukannya Mat Rempit atau tahi dadah. Orang ini adalah seorang YB sebuah institusi pembuat hukum negara kita. Apakah tidak benar negara kita sudah pengsan? Apakah terbayang dalam fikiran kita, peristiwa tragis seperti ini berlaku di Amerika atau di Jepun, negaranya orang-orang bukan Islam? Apakah kita TIDAK malu? Bilakah semua ini berubah?
Post a Comment