Malaysia kita yang sudah pengsan
Kata orang, pengsan ialah satu mekanisme dalaman tubuh manusia (termasuk binatang?), khusus untuk menahan kesakitan yang melampau. Ertinya, apabila tubuh mengalami kesakitan melampau, kesakitan yang tidak tertanggung lagi, maka sarafnya secara automatis bertindak untuk memengsankan manusia. Dengan mekanisme ini, manusia tidak mengalami kesakitan yang TIDAK boleh ditanggungnya.
2.
Negara yang kita cintai ini sedang diserang kesakitan yang melampau. Seluruh komponen tubuh negara kita ─ mulai dari sel, organ, tisu, ototnya sedang mengalami kesakitan yang amat sangat.
CEO negara masih lagi sakit kerana diterkam kuning. Ia masih lagi meracau-racau tentang Bersih 2.0 dan Stadium Shah Alam. Ia mahu mengaitkan dan menyamakan kacau bilau lanun-lanun London dengan rakyat 1Malaysia Bersih 2.0.
Seperti si pengsan yang mamai, dia datang ke mahkamah untuk menyatakan aku tidak mahu menjadi saksi. Apakah yang engkau boleh buat?
3.
Mismahgate juga lahir kerana kesakitan ini. Dan apabila ditanya dengan bertalu-talu tentang peristiwa durhaka ini, sebuah Suruhanjaya yang diamanahkan untuk menjaga institusi demokrasi itu, terus-terusan saja meracau ─ mengamuk sesuka hatinya.
Para pemimpin SPR yang diamanahkan untuk menjaga sebuah Suruhanjaya itu menjadi manusia-manusia yang luar biasa sengalnya.
4.
Ya, negara kita telah pengsan.
Tidakkah kita semua, rakyat negara ini, ngeri melihat nasib yang sedang menimpa Malaysia?
5.
Kenyataan Media Pakatan Rakyat
(http://anwaribrahimblog.com/2011/08/12/kenyataan-media-pakatan-rakyat-3)/
12 Ogos 2011
Pertama sekali, Pakatan Rakyat mengucapkan tahniah kepada Warganegara-warganegara Baru BN (WBB), antara lain, penduduk tetap Malaysia yang berasal daripada negara-negara jiran dan baru-baru ini telah dianugerahkan kerakyatan oleh agen-agen pengkhianat kerajaan Malaysia.
Menerusi pengamatan kami, skim pemberian kewarganegaraan maha cepat ini mempunyai dua ciri istimewa:
(i) Mampu menjadi warganegara Malaysia dalam beberapa jam;
(ii) Didaftar sebagai pengundi tanpa perlu mendaftar di mana-mana pejabat SPR ataupun pejabat pos, seperti dilakukan oleh warganegara Malaysia lainnya.
Kedua, Pakatan Rakyat akan mengadakan kempen ‘penjernihan’ untuk mendidik setiap WBB ini untuk mengetahui hak-hak mereka sebagai rakyat baru dan membongkar penyalahgunaan kuasa imigresen ataupun penggunaan ugutan politik untuk kertas undi oleh mana-mana ejen pengkhianat di Malaysia.
Kempen ‘penjernihan’ ini akan memastikan tidak ada pihak yang boleh menarik balik secara semberono kewarganegaraan Malaysia setiap WBB atau menggunakan pemberian ini sebagai ugutan politik di dalam Pilihanraya Umum.
Ketiga dan akhir sekali, Pakatan Rakyat juga berjanji akan memperluaskan jaminan yang termaktub di dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 kepada semua WBB dan juga kakitangan kerajaan yang terlibat dalam program pemberian ‘kerakyatan untuk undi’ yang tergerak hati untuk mendedahkan perkara ini demi kebenaran dan masa depan Malaysia.
Bagi memastikan perkara-perkara ini dapat dilaksanakan diminta semua WBB mendaftar dengan Biro Guaman dibawah Pakatan Rakyat yang akan menyediakan tempat aduan di kesemua tempat terbuka.
Sekretariat Pakatan Rakyat
No comments:
Post a Comment