Monday, August 29, 2011

Lagi tentang sejarah



“Cerita sejarah kita banyak yang tidak kena, bukan kepung polis itu polis British, askar Bukit Kepong itu pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat (Muhammad) Indera, Melayu tetapi semua sejarah ditutup.

“Jins Shamsuddin buat filem, dia tu Umno, cerita Bukit Kepong, askar Bukit Kepong ditahan polis British sebab sebelum kemerdekaan negara diperintah oleh British,” katanya.

Tambah beliau: “Tapi dalam filem askar itu pengganas, padahal Mat Indera ketua balai polis dan akhirnya dia dihukum gantung.”

Jelas Mohamad, peristiwa sama turut berulang kepada Tok Janggut di Kelantan yang dianggap pengganas kerana menentang British.

“Tok Janggut lawan British tapi sebelum British nak bunuh dia, dia (British) hasut Sultan Kelantan untuk isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka.

“Bila isytihar Tok Janggut penderhaka barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan,” katanya.

Dalam ceramahnya itu beliau menyifatkan semua sejarah tentang kemerdekaan negara adalah bohong.

“British dikatakan pejuang kemerdekaan, siapa pegawai British? Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman.

“Yang lawan British jadi pengganas,” katanya.

Salah seorang pembaca the Malaysian Insider, We Can See Thru U · 7 hours ago berkata seperti berikut:


History is written by the victors. Kita jangan mudah diperdaya oleh ahli politik yang menulis sejarah mengikut agenda masing-masing. Tiada pemimpin yang 100% atau 100% pengganas.



______________________________________________________



Ini bukanlah kali pertama Timbalan Presiden Pas itu bercakap tentang pelbagai peristiwa sejarah.  Dia bukan hanya bercakap tentang sejarah perjuangan para pemimpin Pas, dia juga bercakap tentang sejarah perjuangan rakyat Palestin dan pelbagai bentuk kezaliman rejim jahat Zionist terhadap rakyat Palestin.   

Mat Sabu bercakap tentang Umno yang sentiasa memberitahu rakyat bahawa merekalah yang telah berjuang memerdekakan negara ini.  Begitulah Umno, menceritakan tentang perjuangannya menghalau penjajah.   Dia turut bercakap tentang jus soli dan sejarahnya yang melibatkan Umno. Dia bercakap tentang para pejuang Pas zaman silam yang didera oleh aparat-aparat British.

Ya, umumnya dia akan memulakan ceramahnya dengan memaparkan pelbagai peristiwa sejarah mengikut pemerhatian, kefahaman dan perspektif yang dihayatinya. Dan segala pemerhatiannya ini mungkin saja tidak seratus persen sama dengan kepakaran Ramlah Adam yang pakar sejarah itu. Sebabnya cukup mudah: Ramlah Adam tidak sama dengan Mat Sabu ─ Ramlah Adam berlainan daripada Mat Sabu.  Ya, mana mungkin Ramlah Adam sama dengan Mat Sabu?  Versi Ahmad Boestamannya Ramlah Adam juga tidak sama dengan versi yang ditulis oleh penulis/sejarawan yang lain. 

Bagi saya Mat Sabu berbuat demikian untuk mendidik rakyat berfikir dan memahami sesuatu peristiwa sejarah itu berdasarkan perspektfi yang sebenarnya.  Kebenaran mengikut pandangan dan tafsirannya. Ya,  sama seperti tafsirannya sesetengah daripada para penyokong Umno yang begitu yakin dan percaya bahawa pihak polis bertindak tepat dalam peristiwa Bersih 


2. 


Bagi para penyokong Umno ini, rakyat yang turun untuk bersama-sama Bersih 2.0 bersalah kerana Bersih adalah pertubuhan yang haram.  Bersih 2.0 haram kerana Kerismuddin melalui kuasa KDNnya telah berkata demikian.  Maka para penyokong Umno pun turut bersetuju kerana seorang menteri telah berkata begitu.  Apakah ini bermakna bahawa kita yang sama-sama didera dalam Bersih 2 itu juga mesti akur dengan segala laporan mengikut versinya para penyokong Umno di atas?    

Oleh sebab itu, kita cadangkan silalah perhatikan baik-baik apa yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden Pas ini. 

Sila perhatikan betul-betul berbagai-bagai isu yang telah dibawa Umno.  Sila perhatikan bagaimana Umno sentiasa sembunyikan tangannya.  Sila teliti apa jua isu yang dibawa oleh jentera-jentera Umno demi untuk mendapat sebanyak mungkin keuntungan politik; keuntungan politik yang amat diperlukan di tengah-tengah zaman gelap gelitanya sekarang ini. 

Dan yang sangat jelas, Umno perlukan lebih banyak modal untuk menyambung nyawanya.

Dalam konteks sejarah Bukit Kepong zaman silam atau Bersih 2.0 yang baru saja berlalu, pengajaran yang paling utama ialah: JANGANLAH sekali-kali biarkan Umno menjadi pemilik dan penguasa mutlak sebagai ‘perakam sejarah’ kita ─ sejarah perjuangan seluruh rakyat negara ini.

Umno tidak layak mendapat penghormatan sebagai jururakam sejarah bangsa kita. 


No comments: