Madah Pak Pandir
Pak Pandir: Mak Andeh, lihatlah bukan anak kita, Bersih 2 saja yang mati. London juga ada mala petaka yang lebih dahsyat. Siapa kata tunjuk perasaan itu baik? Bukankah lebih elok, kalau rakyat duduk ‘tiam-tiam’ di rumah?
Mak Andeh: Kami tak pernah serbu geraja itu, kami hanya kunjung hormat apabila para tetamu pada pulang. Ada yang tersilap guna istilah; serbu dan terkam tak pernah sama dengan kunjungan hormat. Inilah akibat putar belitnya pembangkang.
Pak Pandir: Mujurlah kerosakan akibat Bersih 2 itu cukup kecil, minimal kata orang putih. Pada 7 Julai 2011 yang bersejarah itu yang menembak sakan adalah orang-orang kita yang berseragam dan bermesin. Mereka ada gas dan ada air. Semuanya beracun dan untuk menderakan. Paling menyeronokkan sekali ialah hakikat ramai yang sudah serik. Dan kalau mereka buat Bersih 3, semakin ramai yang akan turun sebab mereka sudah serik dan telah bertaubat.
Mak Andeh: Kalau mereka murtadkan Bersih 2, kita gunakan undang-undang untuk melawan. Dalam agama, undang-undang itu cukup baik untuk meningkatkan kerja-kerja dakwah. Kita tak tahu kenapakah orang-orang bijak tidak pernah fikir tentang perkara ini. Teras dakwah itu sememanglah pelaksanaan undang-undang.
Pak Pandir: Mismahgate cukup merisaukan mereka. Kita juga pelik kenapakah mereka cukup risau apabila warga negara asing menyokong kita. Bukankah itu juga demokrasi?
Mak Andeh: Pembangkang sememangnya selalu pelik-pelik!
No comments:
Post a Comment