Sunday, September 25, 2011

Cincin itu

Jari manis,  24 juta


Kanggaru sudahpun siap di bench, tempat dia bertahun-tahun menjatuhi segala macam hukuman kepada segala macam pesalah yang dihadapkan kepadanya. Dia mangli dengan telatah para pesalah yang dibicarakan dalam mahkamahnya. 

Selesai saja hukuman dibacanya, seluruh mahkamah bergema dengan ngauman; mahkamah itu seakan-akan sebuah sarang lebah yang maha besar. 

“Peraturan! Peraturan!..” seru jurubahasa Melayu berbadan agam dengan suara yang  keras,  lantang. 


2.

“Ada apa-apa yang ingin Datin sampaikan?”   
 
Badak, seperti hari-hari yang telah berlalu dalam mahkamah itu, tetap jua dengan sosok muka dinding.  Jarinya asyik lagi memutar-mutarkan cincin batu terbeliak mata itu.  Batu terbeliaknya-mata-naga-sedang-bertempur, merah dan menyala-nyala.

“Tak ada?” soal Kanggaru sekali lagi, sambil membetulkan topi hakimnya yang mulai senget lagi.  Dia membuka topi hakimnya, sekali lagi sambil menggaru-garu dan mengusap kepalanya sehingga ke pangkal telinga.  Kepala yang tidak gatal itu sudahpun digaru-garunya berkali-kali.


3.


“Kalau gitu, mahkamah boleh...”

“Tuan Hakim?”  Badak tiba-tiba berdiri, “ Bolehkah saya mohon sesuatu? Permintaan yang terakhir.”

“Ya??” Kanggaru merenungi wajah pesalah itu, tajam-tajam dan dalam-dalam.

“Saya sedih yang amat sangat kerana tidak dapat memenuhi kempunan yang terpendam...”  suara Badak tersekat-sekat di tulang sulbinya.  

“Ya...”

 “Tuan ─ sejak sebelum lahir, saya telah menabung sehingga terkumpul wang tunai sebanyak 24 juta itu.  Hari ini, ternyata niat saya sejak sebelum lahir itu tidak kesampaian...”

“Ya, permintaannya?”

“Bolehkah Tuan benarkan saya menyimpan jari manisnya?”

“Untuk apa?”

“Untuk kupakaikan cincin 24 juta itu.”

 “Tapi, pergelangan tangannya sudah ... terpisah?”

“Tak apa, jari manisnya masih ada.  Biar saya awetkan dan simpan dalam muzium.”


4.

“Anak-anak inilah cincin 24 juta itu.”  Kata sang guru kepada anak-anak didiknya yang 30 orang itu, sambil menuding ke jari manis yang diawet sejak sekian lama itu. 

“Cikgu,  jarinya gemuk-gemuk...”

“Cikgu,  betulkah itu jarinya Badak?”

“Cikgu,  betulkah Badak mencuri?”


5.

“Abu Jibbbbb....”

Yang namanya Abu Jib meluru ke kamar tidurnya ─ tingkat paling atas Gedung Putrajaya itu.

Yes my dear?  That old man appeared again?”

You ─ and your men should stop talking about it!! Instruct Yudin anak Yassin to apologize for the sloppy comments!!




No comments: