Perihal pantun dan alam
Rukayah Aman dalam, “Buah-Buahan Nadir Semenanjung Malaysia” Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2006 memulakan prakatanya seperti berikut:
“Malaysia, negara yang kaya dengan flora dan fauna, mempunyai lebih daripada 100 spesies buah-buahan. Sebanyak 16 spesies buah-buahan ini dikelaskan sebagai buah-buahan utama. Buah-buahan ini mempunyai nilai komersial dan kebanyakannya telah ditanam dengan meluas. Maklumat tentang buah-buahan ini boleh didapati sama ada dari luar negara mahupun di dalam negara ini sendiri.”
2.
Di antara buah-buahan tersebut ialah asam kumbang (dengan nama botaninya: Mangifera quadrifida Jack)
Lalu saya pun teringin sekali untuk berpantun berdasarkan buah tempatan di atas. (Kata almarhum Pak Dharmawijaya dalam sastera Melayu, latar flora tempatan dan sosok pertaniannya sangatlah jelas dan nyata. Beruntunglah mereka yang pernah mengikuti kuliahnya di UPM dulu. Dalam konteks ini, saya ingin melihat Sdr Ramli Isin supaya entusias semula...)
Mesej yang mahu kita sampaikan ialah betapa pilihan raya itu mestilah sentiasa adil, bersih dan telus. Ertinya kita ingin menyatakan maksud berikut:
Pilihan raya mestilah Bersih
Kalau tidak rakyat melawan
Mungkin saja pembayangnya boleh jadi begini:
Asam paya buat kekasih
Bacang diagih kepada kawan
Maka pantunnya menjadi begini:
Asam paya buat kekasih
Bacang diagih kepada kawan
Pilihan raya mestilah Bersih
Kalau tidak rakyat melawan
3.
Ini adalah satu contoh serangkap pantun empat kerat spontan. Mengikut teman ASASI, cikgu Ismail Restu, proses pertukangan pantun yang baik itu mestilah melihat segala aspek. Ertinya pantun di atas, mungkin masih lagi pada tahap yang poyo...
Ayuh, Pak Salleh HMS, sila perbaiki pantun di atas supaya menjadi cukup cool. Bukannya pelbagai pantun tidak cool@poyo ciptaaan para Maling.
1 comment:
Asam paya buat kekasih,
Berjalan jauh dengan kawan,
Pilihanraya mestilah bersih,
Mudah Putrajaya kita tawan.
Post a Comment