Sumber: Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Okt: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) merasa kesal kerana Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 (RUU PPKB) akhirnya diluluskan juga malam tadi.
Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, hanya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sahaja yang bangun mempertahankan RUU itu dari diluluskan sementara majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional bersetuju ianya diluluskan.
“Tarikh 5 Oktober 2011 serta persidangan Parlimen kali ini mencatat sejarah hitam buat bangsa Melayu bahawa Kampung Baru yang menjadi warisan Orang Melayu Kuala Lumpur dan menjadi entiti penting kepada Orang Melayu akhirnya diperbadankan dan kini hanya tinggal sejarah,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, beratus tahun lamanya tanah eksklusif milik Orang Melayu itu tidak terusik, namun pada tarikh 5 Oktober 2011 ia telah berpindah tangan.
“Apakah lagi kebanggaan yang tinggal pada Orang Melayu di Kuala Lumpur ini?” soalnya.
Katanya, sidang Parlimen itu juga menjadi saksi bahawa siapakah yang benar-benar berjuang demi bangsanya dan siapakah yang hanya ‘beretorik’ yang pada hakikatnya mereka tidak peduli terhadap apa yang terjadi kepada bangsanya sendiri.”
____________________________________________________
Dari cebisan sejarah tanah air tercinta ini, kita ketahui bagaimana Sang Penguasa itu telah melaung-laungkannya, sehingga berlumuran darah anak-anak tekaknya TV swasta dan kerajaan: Sesungguhnya ISA itu kami gubal untuk ‘menjaga keselamatan dan ketenteraman negara’. Dan bahawasanya Akta penjaga keamanan negara itu, sama sekali tidak akan menzalimi rakyat.
Namun rumah sejarah kita telah membuktikan bila, kenapa dan bagaimana Akta yang ‘dijamin adil penguatkuasaannya’ itu telah berulang kali digunakan oleh Sang Penguasa itu untuk menzalimi para penentangnya, khususnya para pembangkang. Ternyata, maha benarlah kebimbangan para pewaham, sceptics selama ini, ISA itu sebenarnya ‘tidak berperikemanusiaan.’
Demikianlah, erti dan makna janji Sang Penguasa itu kepada rakyat.
Dalam nota-nota sejarah, kita dimaklumkan bahawa DEB itu telah direka khas demi untuk menjamin kelangsungan hidup dan kesejahteraan orang-orang Melayu ‘di negara mereka sendiri’.
Kata Sang Penguasa itu lagi, tidak ada sesiapa pun, ─ percayalah, kata mereka berulang-ulang kali, tidak ada sesiapa pun yang bernama Melayu yang tidak beruntung dengan adanya DEB. Apakah mungkin orang yang beruntung itu ditimpa kecederaan? Demikianlah mereka berhujah.
Namun sejarah telah membuktikan bagaimana instrumen yang namanya DEB itu menjadi habuan terbongkang ─ lauk pauk ratahan para puak sekelambu, sementara Melayu-Melayu Ulu Tembeling-Memali telah tuli dan tepu kupingnya mendengar segala gegak gempitanya, sorak sorainya yang maha gamat: Bahawa dengan keris DEB itu, telah terbela segala Melayu negara ini.
Bagi segelintir orang-orang bukan Melayu, para Melayu Ulu Tembeling-Memali pun tidak pernah sunyi dengan pesta-pesta berenak-enakan, bersenang-lenang dan berasyik maksyuknya menikmati segala keistimewaan maha istimewa DEB itu. Kekadang mereka, para Melayu Ulu Tembeling-Memali pun turut dicemuhi dihina kerana begitu asyik ‘makan percuma’.
2.
Demikan jugalah janji-janji mereka tentang UDA.
HARI INI, mereka berjanji lagi: Bahawa Undang-Undang berhubung Kampung Baru itu adalah untuk Melayu jua.
3.
Keldai, jika setiap hari, hari-hari digodam, tidak selama-lamanya berdiam diri.
No comments:
Post a Comment