Sumber: Malaysiakini
“TPM akui Malaysia pernah dijajah
Salhan K Ahmad
11:08AM Okt 5
11:08AM Okt 5
Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak pandangan pakar sejarah bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.
Muhyiddin berkata, pendirian kerajaan adalah demikian walaupun sebelum ini didebatkan bahawa negara masih ditadbir oleh sultan, dengan nasihat British.
"Sebabnya kita tahu bahawa kita dijajah. Dalam sejarah dulu residen British atau penasihat pada waktu itu beri nasihat kepada raja.
"Dan dalam konteks ini, nasihat pesuruhjaya atau residen itu perlu diterima.
"Bermakna walaupun ada (sultan) itu tetapi dia tidak bebas, dia terpaksa mengikut apa yang dianjurkan pihak (British).”
Muhyiddin berkata, pendirian kerajaan adalah demikian walaupun sebelum ini didebatkan bahawa negara masih ditadbir oleh sultan, dengan nasihat British.
"Sebabnya kita tahu bahawa kita dijajah. Dalam sejarah dulu residen British atau penasihat pada waktu itu beri nasihat kepada raja.
"Dan dalam konteks ini, nasihat pesuruhjaya atau residen itu perlu diterima.
"Bermakna walaupun ada (sultan) itu tetapi dia tidak bebas, dia terpaksa mengikut apa yang dianjurkan pihak (British).”
______________________________________________________________
Biar betapa kecil sekalipun sesuatu peristiwa itu, tentu ada pengajaran yang boleh kita petik ikhtibarnya.
Ini ialah satu contoh yang sederhana.
Dalam ‘Kelapa Nan Sebatang”nya Shahnon Ahmad misalnya, ada ‘pengajaran’nya yang diperolehi seorang blogger, “KakiSyurga”:
“Aku pernah baca sebuah cerpen bertajuk seperti yang di atas, mengisahkan seorang tua yang ditinggalkan anak-anaknya dan tetap meneruskan kehidupannya walaupun seorang diri. Kerinduan mengakibatkan dia selalu berfantasi tentang kehidupannya walaupun sedang meniti titian (yang diperbuat dari sebatang kelapa). Akhirnya si tua jatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras.”
Itu pengajaran yang diperolehi blogger di atas setelah membaca sebuah cerpen yang baik.
Apakah pengajaran yang perolehi daripada kenyataan TPM di atas?
Ya, dengan kenyataan terbuka TPM di atas, apakah pula reaksi para ilmuan menara gading kita yang telah begitu gempita berhujah bahawa ‘kita sekadar dinaungi dan bukannya dijajah’?
ii) Apakah mereka terus bertegas dan kukuh berhujah bahawa berdasarkan ilmu yang mereka baca, renung, banding, selidik, hujah, bincang sesama mereka selama ini, mereka yakin ─ seyakin-yakinnya bahawa sesungguhnya mereka betul?
iii) Atau apakah dengan kenyataan TPM ini, apakah ini bermakna para pakar bidang yang berpendapat bahawa ‘kita tidak dijajah tapi sekadar dinaungi’ itu akan menilai semula segala episod jemputan istimewa kepada penasihat Inggeris untuk memasuki segala kelambu istana itu?
Ya, mereka bakal muncul semula dengan versi baru dengan segala penambahbaikannnya. Adakah begitu jadinya?
2.
Ternyata seruan Mat Sabu supaya makna dan roh kemerdekaan kita itu diisi dengan pengisian-pengisian yang betul telah memberikan sekian banyak pengajaran.
Ya, ternyata seruannya itu mampu dan telah membuka sekian banyak kedok@tembelang pelbagai pihak pula.
Kita bersyukur, masih ada yang seberani Mat Sabu.
3.
Maka dalam konteks ini:
Kita (dalam Paksi) sentiasa berkata: ‘Bercakap benarlah’
Kita juga sentiasa berdoa semoga dimatikan dalam kebenaran.
Amin.
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment