Ditirunya gaya Sang Mentor
Terdapat gaya penaakulan Satu Mulut, salin tak tumpah gaya Sang Mentornya. Memusnahkan musuh nombor wahid tanpa belas kasihan, merangka-jaja pelbagai perilaku seks menjijikkan ─ dalam dan di luar mahkamah, di dahi-dahi akhbar, di mulut berbalut segala tv, sehinggakan lebam seluruh nurani ummah adalah ilmu yang dipetik dari kitab Machiavelli.
Duduk di atas singgahsana adalah segalanya. Wang dan pangkat dan pengaruh dan kuasa mutlak telah menyirna makna sebenar jati diri, maruah Melayu yang katanya Islam itu. Dia telah merubah negaranya dengan menjaja perikemanusiaan Satu Mulut yang sarat pembohongan.
Dan di luar sana, rakyat terus jua berdendang senandung:
Satu Mulut dan hiruk pikuk Altantuya Satu Mulut satu jari Dua Mulut Dua Puluh Empat Juta Satu Mulut di bawah telunjuk DUA Mulutnya. Satu Mulut kapal selam tak boleh selam telah selamkan dua mulutnya.
Satu Mulut Dua Mulut selaut mengarut.
No comments:
Post a Comment