Sunday, October 9, 2011

Lagi minyak angin cap ayam


Sumber: http://bm.malaysia-chronicle.com



KOTA BARU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan dakwat kekal ketika proses pengundian pilihan raya umum ke-13 termasuk menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata dakwat kekal boleh digunakan sekiranya mendapat kelulusan majlis tersebut yang akan meneliti sama ada ia bercanggah dengan prinsip Islam ataupun sebaliknya.

“SPR masih kaji benda ini (penggunaan dakwat kekal), kalau Majlis Fatwa kata ia telus air dan tiada unsur haram iaitu memudaratkan contohnya memedihkan mata atau menyebabkan batuk, maka dakwat itu boleh digunakan.

“Bagaimanapun sekiranya kajian ...”


________________________________________________


Kisah mencari dan menunggu fatwa ini bukanlah kali pertama kita temui.  Satu ketika dulu, kita sudahpun membacanya.  Namun tidak pula terdengar mana-mana pihak yang bangun untuk memberikan komen.

Boleh jadi, mereka ini telah mendapat semacam galakan daripada sikap ‘tak ada apa-apa komen’ ini. Maka minyak angin cap ayam ini mereka jaja semula.  

Atau mereka ini mungkin sangat yakin dan percaya bahawa minyak-angin-cap-ayam untuk butakan mata rakyat mereka bakal laris.


2.

@yeq/x&&%%5mgilababimahaekkakalwatkuasakahakfatwamanagabledwiwma4asyangamatmahasangat8sn7ssaksipus8kiamak...



No comments: