Sunday, October 9, 2011

Mengidam Gelar Pejuang Negara Berkebajikan!


Sumber: Harakadaily
(http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5870-najib-tak-faham-kata-presiden-pas)


Najib tak faham, kata Presiden PAS
.
Sebagai menjawab 'sindiran' Datuk Seri Najib Razak sewaktu membentangkan Bajet 2012 Jumaat lalu, Presiden PAS itu menjelaskan, tiga asas utama Negara Berkebajikan hampir tidak dilakukan kerajaan BN selama lebih 54 tahun memerintah.

"Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti.

 
Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.

 
Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan," katanya.



___________________________________________

Nota kaki:

Bila nak pakai dakwat kekal untuk tujuan mengawal pengundi hantu, pengundi berganda dan para kaki penipu, minta Fatwa.



Semasa merembat, terlupa fatwa
Semasa menyonglap, terlupa fatwa
Tatkala membedak dana, terlupa fatwa
Semasa bela (e pepet), bela (e taling) IPP, terlupa fatwa
Semasa membeli belah senjata, terlupa fatwa
Semasa menternak judi, terlupa fatwa   



Sesekali bila mahu menipu, teringat fatwa.


Untung, sesekali mereka masih belum terlupa kepada fatwa.




Ah, betapa melucukan.  


3.

Elok juga jika para juru war-war dan para wartawan bertanya terus kepada Sang Penguasa itu dan bos Apanamanya,  fatwa tentang hudud.


No comments: