Saturday, October 1, 2011

Marilah kita berlakon

Berlakon dan lakonan


Ramai yang cukup sedar bahawa segala yang dipamerkan itu bertujuan.  Mereka faham bahawa itu disengajakan untuk meraih(1) laba politik.  Dalam bahasa yang kerap kita dengar, demi untuk mendapatkan ‘political mileage’.

Apa pun demi untuk kebaikan Pakatan Rakyat, kita cadangkan supaya program berbasikal, menaiki bas ‘yang bukan bas’ itu diperbanyakkan.  Sebabnya rakyat Malaysia, rata-rata buta, pekak dan tuli... 

Mohon supaya babak-babak begini diteruskan.  Kita juga sedang menunggu babak ‘bajet’ yang akan tiba tidak lama lagi.


_____________________________________________________________________
(1) Harap dapat disebut betul-betul, ‘ra..ih’ dan bukannya ra..eh.  Macam menyebut perkataan ‘laih’ dalam loghat Kedah.   Sekarang ini, kita perhatikan terdapat kecenderungan sesetengah pembaca berita yang mengada-ada. Sebutan dan intonasi mereka ini membuat orang-orang seperti Almarhum Pak Asraf, pengsan. 

Entah dari mana,  mereka ─ khususnya para pembaca berita ini, belajar membaca dan berintonasi percakapan dalam bahasa Melayu, kita pun tak tahu.  Kekadang bunyinya macam orang luar Kelantan yang tak mahir ‘berloghat Kelantan’ cuba-cuba mengajuk percakapan loghat Kelantan atau apabila orang yang tak mahir dengan loghat Negeri cuba mengajuknya.  Penat juga kalau kita menonton drama-drama yang begini.




No comments: