Dari facebook seorang teman sasterawan:
Puan Zana Zanzaly melontarkan pemerhatian ini:
sepetang dlm lebat hujan sy diberi pencerahan cerdas oleh seseorang yg mirip antonio banderas. katanya, wanita beruntung krn dianugerahkan Ilahi byk peluang memilih suami mana yg mrk suka; bujang, duda, suami seorg, suami 2org @ suami 3org tp lelaki pilihannya terhad kpd wanita yg x dimiliki sesiapa. bygkan jika ada wanita yg sgt cantik, bijak & warak tp sudah bersuami, maka lelaki lain x dpt berkongsi kecantikan, kebijaksanaan & kewarakan wanita tersebut tp sebaliknya jika ada lelaki yg semolek itu pakejnya, wanita masih boleh memiliki meski x seluruhnya. tetap dpt meski sikit drp x dpt langsung, mana lebih baik? agak2 kalian yg bijaksana, apa jwapan saya?
2.
Semasa di Jogja dulu, dosen Mekanika Teknik (Structural Analysis) kami antara selang seli kuliahnya - sesekali bergurau. Di antara senda gurau itu termasuklah cerita guru yang katanya, sepanjang hayat hanya bergelumang dengan kapur:
“Sungguh tidak enak menjadi guru, saban hari terpaksa bermain kapur saja. Alangkah baiknya jika kita bermain bedak dan papan hitam ini pipinya perempuan ayu!”
Gurauan berikut, sedikit sebanyak ada kaitannya dengan persoalan gender yang dibentang Puan Zana Zanzaly di atas.
“Anda bayangkan jika yang curang itu sang isteri. Bagaimana mau dikenali zuriat keturunannya?” (Dosen ini tentu sedar perihal kecanggihan ilmu zaman ini. Tapi itu bukanlah isunya.)
3.
Sebenarnya idea-idea ketidaktaraan gender begini(?) tidak begitu digemari oleh sesetengah kelompok pejuang gender. Apakah benar kenyataan seperti begitu?
Mungkin juga ada yang bertanya: Kenapakah Sang Lelaki yang sentiasa mendapat lesen besarnya?
No comments:
Post a Comment