Wednesday, November 16, 2011

Dr Irwan dan Tuan Dabi István

Cerita sebuah bahasa 


Terima kasih. Saya seorang Hungary, tinggal di Hungary, di kota kecil Nagykáta, 40 km dari ibu kota Hungary, Budapest. Saya penterjemah, menterjemahkan puisi, cerpen ke dalam bahasa Hungary, Poland (juga dari bahasa Melayu ). Salam hormat.

2.

Ini ditemui dalam facebook pagi ini.  Sebagai seorang insan buana, Tuan Dabi István tentu memiliki pelbagai pengalaman, misalnya pengalaman bagaimana dia mula-mula mengenali bahasa itu.  Bagaimana dia berjinak-jinak lalu menggunakan bahasa itu secara aktif.

Ya, dunia kian kecil.  Hari ini kaedah dan prasarana penghubungan sesama manusia memungkinkan hebahan cerita seperti di atas itu,  semakin mudah.  Manusia seluruh buana melontarkan idea dan pandangan di kalangan manusia sebuana.

Dia tidak akan berhenti bertanya, ‘Lu Melayukah?’.  Tidak juga dia menunggu jawapan,’ Tarak gua Cina’  sebelum berinteraksi. 

Dan sesiapa yang ulet, gigih dan tidak mengharap untuk disuap dan memiliki pelbagai lidah seperti Lebai Google memiliki peluang yang lebih luas untuk tidak pupus di kalangan manusia seluruh jagat.

Tapi dia masih tetap Melayu kerana dilahirkan sebagai Melayu. (Jika ada yang kurang bersetuju, eloklah dia notis-protes bahawa dia tidak pernah mahu dilahirkan sebagai Melayu.) 


3.

Ikhtibarnya?

Sang Penguasa, di mana saja, tidak lagi boleh mengharapkan cara dan kaedah lama untuk terus menjajah dan menindas, termasuk rakyatnya.

Oleh itu, “bikinlah seperti cakap.’

Sebelum berhenti, terima kasih Dr Irwan dan Tuan Dabi István  untuk bahan di atas. 



No comments: