Thursday, November 24, 2011

Maklumat Lisan Johor: Buah tangan ITM Shah Alam


Mari belajar sejarah kita


“Saya bersyukur serta sukacita dapat menyampaikan sepatah dua kata di dalam buku Maklumat Lisan Johor ini.

Dari penyelidikan yang dibuat oleh Institut Teknologi MARA maka jelas sekali anak-anak Negeri Johor telah banyak memberi jasa bakti dan khidmat cemerlang mereka kepada Negeri Johor khasnya dan negara kita Malaysia amnya.  Negeri Johor tidak kurang mempunyai cerdik pandai yang terkemuka dalam bidang politik, ekonomi, profesional dan lain-lain lagi dan ini nyata dalam peranan-peranan mereka membangun dan memajukan negara.”

Petikan sebahagian daripada Kata-Kata Aluan oleh Y.A.B. Menteri Besar Johor,  Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin, S.M.J., P.I.S., B.S.I.


2.


Halaman 213 ke 219 terdapat cerita yang cukup menarik tentang satu watak: Mat Indera.

Jika berpeluang,  eloklah kita baca buku ini.   

Selain itu buku ini membicarakan juga watak-watak seperti Dato’ Musa Hitam (halaman 44 – 52), Tan Sri Dato’ Ghazali Mohd bin Dato Mohd Seth (halm 22 – 28) dan Tun Haji Sardon bin Haji Jubir (halm 1 – 3).

Di samping itu, kita disajikan juga perihal Jidor/Kempelingan, Hamdolok, Ludruk, Tarian Ceracap Inai dan juga Tarian Kuda Kepang.

Betapa bagusnya jika buku ini dijual kepada rakyat jelata, khususnya rakyat Negeri Johor.


Maklumat Lisan Johor : Projek Pelajar-Pelajar Kewartawanan Kajian Sebaran Am, Institut  Teknologi MARA, 1987. 

Biroteks (BIRO PENYEDIAAN TEKS)
INSTITUT TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.




No comments: