Makan Malam bersama Tuan Besarnya
Sebelum subuh, ditemui pesanan seorang sahabat dalam kotak masuk pesanan ringkas:
“Maaf msg pagi2 buta begini. Saya dengan ini sangat kecewa dgn PENA y akan melangsungkan PERHIMPUNAN PENULIS MUDA NASIONAL dgn acara mulanya makan malam dgn YAB NAJIB RAZAK. Saya dengan ini akan berusaha sdapat yang boleh untuk terlibat aktif dgn PAKSI. Count me in, Tuan Dinsman dan rakan2. Seorang Islam tak akan duduk melepak dgn org2 zalim apatah lagi makan malam dengan ketua regim. Ok, sekian.”
2
Dalam kolumn Wacana Budayanya yang terakhir semasa ‘Mengalu-alukan ‘pejuang bahasa’ baru’, Dinsman secara langsung menyebut tentang “Beberapa orang kawan kita daripada Asasi Kedah itu, yang puisi dan cerpen mereka dihantar dan disiarkan dalam Harakah, mereka masih lagi bersikap seperti orang-orang Gapena yang Umno-BN itu, yang masih takut untuk’berani berkata benar’. Karya saja mereka hantar ke Harakah. Baca Harakah belum pasti.”
3.
Pertama sekali: Apakah betul berita ini? Apakah ini hanya sekadar khabar-khabar angin?
Kedua: Apakah benar penulis ― di samping segelintir ulamak ― juga amat gemar bersama Tuan Besarnya?
No comments:
Post a Comment