Sumber: Sunday, 04 December 2011 09:20
Nabi dalam Pas?
Written by -
“ADA satu lagi ‘kejutan’ tetapi Awang tidaklah terkejut. Seorang penceramah Pas telah menyamakan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat dengan nabi.
Beberapa tahun kebelakangan ini, ada sahaja perkara mengarut didendangkan oleh sebahagian pemimpin dan aktivis Pas.”
...
“Mesejnya, Pas tidak boleh kelihatan seperti gerakan yang dipimpin oleh Ayah Pin. Malah berbanding pengamal ajaran sesat itu, kenyataan dan tindak-tanduk pemimpin tertentu dalam Pas, jauh lebih memudaratkan Islam. Ayah Pin masih tahu batas.”
- Utusan
2.
Boleh jadi masih ada lagi sisa-sisanya ― satu dua ekor yang dilembukan secara kekal mata baca dan mata hatinya. Ya, ‘pembaca’ yang sepanjang hayatnya berterusan dan secara konsisiten pula diperlembu-lembukan cow viewnya sehingga tumpullah segala akal dan fikirannya lalu tidak tahu ia bagaimana mahu bertindak balas kecuali melopong. Ertinya ‘kerja ilmiah’ seperti berfikir ― apatah lagi menyoal bukanlah suatu norm@kebiasaannya dalam masyarakat berekor. Malangnya keadaan seperti ini berleluasa. Maka apabila seekor dua ini membaca berita seperti di atas, meloponglah dia.
Kesiankan?
Kita boleh saja ketawa tapi sebenarnya di luar sana masih bersisa hal-hal yang pelik-pelik begini. Misalnya dalam salah satu wacana sastera di selatan tanah air, Dinsman pernah mempamerkan dan menjual buku-buku yang difikirkan bermanfaat kepada khalayak pembaca khususunya sasterawan dan pencinta buku. Salah satu daripada judulnya termasuklah tentang kepimpinan TGNA. Tak begitu ramai yang meminatainya. (Diperhatikan terdapat sasterawan yang tidak pun menyentuh apatah lagi membelek buku yang sedemikian. Boleh jadi juga mereka telahpun mengetahui isi kandungan buku yang baik begini. Boleh jadi mereka telahpun fahami sepenuhnya isi kandungan buku ini. Boleh jadi juga.)
Bertahun-tahun hanya idea-idea tertentu, yang malicious dibenamkan ke dalam minda para pembaca tanpa memberikan sedikit pun ruang dan peluang sorotan dari sudut yang berbeza@berlainan. Bertahun-tahun proses penipuan ini berlaku. Kerja maksiat penuh kesumat yang sekian lama dilakukan oleh akhbar yang jahat itu berjalan tanpa sebarang gerakan untuk menaghalangnya apatah lagi memberhentikannya. Akhbar kelas JAHAT ini tinggi darjat kebejatannya bukan kerana propogandanya tapi kerana kerja putar belitnya yang disengajakan itu. (Adakah putar yang tidak sengaja?) .
Dengan pendekatan jumud, mundur seperti ini maka idea-idea bernas yang datangnya dari musuh politik khususnya, tidaklah dibenarkan. Ertinya membaca idea, buah fikiran, pandangan berbeza sepertimana yang dipaparkan oleh Harakah bukanlah sesuatu yang difikirkan perlu kerana yang selamanya benar sampai ke akhir usia dunia, hanyalah bersumberkan berita jahat seperti di atas saja.
3.
Apabila dibangkitkan semula pada hari penuh penentuan milik Tuhan Yang Maha Esa itu, bagaimana agaknya para pemilik, editor dan pemberita ini menjawab soalan-soalan yang ditanyakan?
Atau ini semua adalah soalan dan persoalan ‘pikun’ yang tak punya apa-apa makna?
4.
Sementara itu, sebelum kita sampai ke sana apakah masyarakat Melayu tidak perlukan kursus khusus tentang cara membaca yang betul: Membaca dengan kritis? Ya, membaca dengan membuang otak lembu.
1 comment:
Tuan,
Ini basic.Walau pun tidak masuk akal,seorang penceramah agama tentunya tidak akan beriktikad sedemikian. Mustahil!
Bagaimana pun, wajib pembawa berita melaporkan kes ini kpd pihak yang berkuasa dengan maklumat lengkap.
Kita takut mendengar berita ini.Sama takutnya membaca media/blog/kata-kata yang secara terang-terangan menghina undang-undang Islam.
Post a Comment