SOP khutbah.
“Kau dah baca
tajuk yang mereka fokus minggu ini?”
Meon terus
tekun meraba dan menekan kekunci. Esei untuk
majalah Jabatan belum jua siap. Meon
masih mencari-cari cara mau melagang sudut.
Ya, sudut mana yang mahu digarap berhubung isu pembuangan bayi dan
saran terbuka, tidak langsung tapi cukup menggerunkan, “Kalau mahu beranu@zina,
pakailah baju.”
“Meon?”
Bosnya telah tercegat
di tepi pintu.
“Ya...Ya, bos” dia
menoleh, “Ya, Encik Hakim?”
“Tajuk khutbah
kamu minggu ini.” ujar Encik Hakim,
ketua penolong pengarahnya, manusia lulusan agama yang menjaga segala isi, segala khutbah
Jumaat di seluruh Wilayah Jajahan.
“Anak durhaka?”
Meon masih mau bermain ‘menduga-duga’ dan bergaharu-cendana-pula.
“Ya, apa lagi
kalau bukan tajuk itu?” Renungan Encik
Hakim seolah-olah mahu mengulangi mesej yang sama: “Meon: It’s just a stinking arahan, kita buat
ajalah.”
Sebenarnya Meon
tidak begitu pedulikan segala macam basa basi, segala SOP tak bertulis Jabatan dalam
penyediaan teks khutbah itu.
“Kau ikut saja
petunjuk MM tu!”
“Mingguan Melaoon
Tengik tu?”
“Cakap
elok-elok sikit.”
“Baik Tuan
Hakim. Ya, segala dinding pun ada penunggunya.
Saya tak kisahlah Cik Hakim. Kalau mereka mahu pindahkan saya ke Tawau, Sarekei
atau ke mana saja, saya rela..ooopps...reda.
Yang jelas, saya boleh tubuh cawangan baru Partai. Encik Hakim tak mau ikut saya? ”
“Lebih bagus
kau ke Bahagian menteri kasi hadiah berjuta pada pelakon tu. Kalau nasib baik, kau dipilih jadi calon. ”
Hakim mahu melangkah
keluar...
“Encik Hakim, satu hari nanti semua jemaah datang hanya
untuk bersembahyang. Mereka tidak datang
waktu khatib sedang berleter. Mereka memprotes
khutbah-khutbah kita yang karut marut ini. Apa kita nak buat?”
“Correction. Apa menteri nak buat? Kau tak payah bimbang. Sekarang pun ramai
yang tidur.”
“Saya bimbang, nanti ada jemaah yang bawa kasut
semasa mendengar khutbah!”
“Kau ni! Jangan lupa hadith dan ayat-ayat tentang anak
yang durhaka.”
Sebelum, keluar dari biliknya, sempat juga bosnya menyoal:
“Meon, kamu masih pakai seluar dalam kuning ya?”
“Tak ada, sekarang saya mogok pakai seluar dalam. Saya tak reda diketawakan polis kerana memilih warna.”
No comments:
Post a Comment