Wednesday, June 13, 2012

Bersih dan pelbagai episod lawak jenaka




“Bersih haram bukan fatwa tetapi nasihat – Mashitah
Harakahdaily 12 Jun 2012
 
KUALA LUMPUR: Selepas hampir sebulan dimainkan media Umno kononnya Bersih 3.0 difatwakan haram, tiba-tiba hari ini Parlimen diberitahu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukan fatwa, sebaliknya adalah nasihat.

Penjelasan itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim  di Dewan Rakyat petang ini.


Pekedai runcit Kuala Pegang, Baling pun lebih berwibawa.  

Sebuah kedai runcit di tempat yang paling hulu dan terpencil di negara ini masih menjaga keyakinan pelanggannya.  Pemilik kedai runcit ini berhati-hati dalam usahanya untuk menjamin kualiti perkhidmatannya.   Untuk mengekalkan keyakinan ini, pemiliknya berhati-hati memastikan agar para pelanggannya TIDAK lari.  Untuk tujuan itu, pekedai runcit memaparkan imej bahawa kedainya memiliki SEGALA barangan yang dikehendaki pelanggan.  Dia berbuat demikian kerana tidak mahu para pelanggannya lari.  Pelanggan lari semata-mata kerana TIDAK lagi yakin yang kedai runcitnya boleh diandalkan@boleh diharapkan@boleh dipercayai.  

Sebuah pemerintah ‘moden’ di kurun ke 21, terkial-kial berdepan dengan tuntutan Bersih 3.0.   Episodnya penuh intrig dan menarik sekali.  Dari dicop sebagai sebuah pertubuhan haram, ia kemudiannya dituduh sebagai gerakan yang mahu menjatuhkan kerajaan yang sah dengan ‘berdemonstrasi’, kepada terpaculnya fatwa bahawa meminta pilihan raya yang bersih itu perbuatan yang HARAM, dan ― kini ia sudahpun berpindah menjadi sekadar sebuah NASIHAT.

Mak Cik Siti yang mencari rezeki dengan membuka kedai runcit di Kuala Pegang, Mukim Baling pun pening.  Mak Cik Siti pening melihat telatah satu puak manusia itu mentadbir sebuah negara di abad ke 21 ini.  Mak Cik Siti tertanya-tanya:  Apakah yang mereka tadbirkan selama ini?


No comments: