Berita menarik pagi, 14 Jun 2012.
Terdapat dua buah berita menarik tentang dua orang PM
Malaysia, mantan dan juga yang sedia ada. Kita petik ayat-ayat pertama berita sebagai
rujukan.
PM’s call for panda names met
with banter
Sumber: (http://malaysiakini.com/news/200788) Jun 13, 2012
Prime
Minister Najib Abdul Razak’s call for his Chinese speaking supporters to name
two pandas that would be loaned to Malaysia has drawn a slew of humorous
reactions.
(Pada jam 7:42 pagi sudah ada 111 buah komen untuk posting ini.)
Mahathir: I don’t fear Pakatan taking
Putrajaya Sumber: http://malaysiakini.com/news/200784
Jun 13, 2012
Former prime
minister Dr Mahathir Mohamad says he is not afraid of Pakatan Rakyat taking
power in the country - except that he may be jailed on false charges.
(Pada jam 7:42
pagi sudah ada 140 buah komen, umumnya maki hamun untuk posting
ini.)
‘PENGAJARAN’ DARI PETIKAN BERITA:
Mungkin kita
dapat senaraikan ‘pengajaran’nya seperti berikut:
PM Malaysia (baik
yang mantan mahu pun yang sedia ada) sentiasa mendapat liputan media dan tingkah
laku mereka lebih-lebih lagi apa yang mereka cakapkan masih diberikan perhatian
pembaca. Tidak kiralah sama ada
perhatian yang diberikan itu negatif atau pun sebaliknya. Pokoknya perangai mereka diberikan sorotan.
PM sedia ada
terus bekerja keras ― bersusah
payah, bertungkus lumus berusaha mendapatkan semula undi orang-orang Cina yang
telahpun lari. Sementara bersedawara
dengan panda yang sememangnya kuat rujukan emosinya kepada orang-orang Cina,
aparatnya terus bergerak. Kata seorang
teman, projek MRT di Petaling Street tidak ada tanda-tandanya akan dihentikan. Ertinya ia diteruskan walaup apa pun besarnya
protes masyarakat tempatan dan NGO-NGO yang bersimpati.
Pendekatan
mulut disumbat pisang, buntut ditusuki duri akan terus dilakukan tanpa melihat
kiri dan kanan lagi. Ada yang meramalkan
apa saja yang mahu dibangunkan akan terus dibangunkan. Persetanlah dengan segala protes, kemarahan,
maki hamun yang dilontarkan. PRU 13 yang
di ambang pintu itu akan mengesahkan bahawa kerajaan tetap popular dan majoriti
‘rakyat’ negara ini masih mahu kepimpinan sedia ada diteruskan dan oleh kerana itu
yang sedia ada ini dipilih semula. Jika pembangkang
memprotes, ternyata merekalah yang tidak demokratik dan semata-mata berniat
mahu membuat onar/kacau.
Untuk berita
kedua, saya petik secara rawak komen seorang pembaca Malaysiakini, versi
Inggeris yang berbayar ini:
Oh, ya sebelum
itu ― ada
satu soalan: Apakah yang memberikan
komentar (termasuk tulisan ini) tidak percaya bahawa untuk sesetengah manusia-pemimpin
itu, mereka hidup-mati dan bernafas dengan perhatian umum. Sebaik saja manusia-manusia seperti ini TIDAK
LAGI DIPEDULIKAN, dianya akan reput. Kenapakah
kita semua tidak mereputkan saja manusia ini?
Kita perlu lagi memaki hamun.
Reputkan saja orang ini.
Saya
memutuskan untuk tidak memetik komen pembaca...biarlah orang ini reput.
No comments:
Post a Comment