Aziz Ishak,
baja urea, kerajaan Perikatan Tunku Abdul Rahman dan kepentingan kaum
pemodal@kapitalis Barat.
Cerita kebebasan
akhbar, pengaruh Sang Penguasa dan kepentingan perniagaan kaum pemodal atau kapitalis
Barat dapat dilihat dengan jelas dalam isu “Aziz Ishak dan isu Baja Urea” dan
kerajaan Perikatan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Said
Zahari, Meniti Lautan Gelora – Sebuah Memoir
Politik, Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2001:74-75.
Mari kita
kutip bulat-bulat@sepenuhnya isi-isi pokok yang dibentangkan oleh Said Zahari:
i) Krisis ini
juga ada kaitannya dengan kaum tani dan sekali lagi, Aziz Ishak terlibat. Menteri Pertanian ini amat ghairah dan gigih
merancangkan pembangunan kilang baja urea untuk menampung keperluan baja kaum
tani di Malaya.
ii) Kilang
baja urea itu akan didirikan oleh syarikat kerjasama anjuran kementeriannya.
iii) Aziz
Ishak telah mendapatkan nasihat kepakaran daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu, tetapi Kerajaan Perikatan tidak merestuinya.
iv) Syarikat-syarikat
swasta pengimport baja dari barat menentang projek ini.
v) Tunku Abdul
Rahman sendiri menentang rancangan ini.
vi) Aziz Ishak
memerlukan restu dan bantuan kerajaan tetapi Menteri Kewangan Tan Siew Sin dan
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman menentangnya dengan keras.
vii) UMNO
hampir berpecah kerana isu baja urea ini.
Ada yang menyokong dan ada yang menentang rancangan Aziz Ishak. Perpecahan telah dielakkan semata-mata kerana
pengaruh peribadi Tunku, bukannya kerana menolak rancangan kilang baja urea
itu.
II. Apakah pendirian Utusan Melayu dalam isu ini?
i) Sekali lagi
Utuasan Melayu mengambil pendirian yang bertentangan dengan dasar Tunku Abdul
Rahman dalam soal kilang baja urea ini.
ii) Said
Zahari dan rakan-rakan di Utusan Melayu melihat isu baja urea sebagai isu
neo-kolonialis, isu kaum kapitalis barat yang mahu menguasai Malaya yang
merdeka melalui ekonomi negara.
iii) Utusan
Melayu secara tegas memberikan sokongannya dan mengkritik sikap kerajaan yang
enggan menyokong projek-projek tersebut yang sudah jelas akan menguntungkan
kaum tani.
iv) Sekali lagi aku disindir oleh beberapa orang
diplomat barat kerana sokongan Utusan Melayu kepada projek baja urea anjuran
Aziz Ishak. Kata mereka, ia ‘berbau sosialis’. Kataku, kalau projek itu dianjurkan oleh Menteri Kewangan Tan
Siew Sin sekalipun, Utusan Melayu tetap akan menyokongnya. Kerana yang akan untung, kataku adalah kaum
tani Malaya dan yang rugi, kaum kapitalis.
v) Aku adalah
wartawan bukannya diplomat. Aku tidak
tahu bahasa diplomat.
III. Senarai soalan dan persoalan untuk renungan
bersama.
i) Lihatlah perbezaan
nyata di antara Utusan Melayu, zamannya Said Zahari dan Utusan Meloya zamannya
boleh-berbohong-jika-menguntungkan parti, UMNO’ sekarang ini?
ii) Apakah
zaman kegemilangan akhbar Melayu ini akan kembali lagi? Jika ya, bila lagi?
iii) Ke mana perginya benih-benih wartawan berjiwa besar seperti Said Zahari ini?
iv) Bila agaknya kita akan mengumpulkan dan
membukukan segala rekod zaman silam ― zaman kegemilangan dunia kewartawanan Melayu ini, rekod untuk rujukan generasi
yang akan datang?
No comments:
Post a Comment