Tuesday, July 31, 2012

Kura-kura


Namanya, SPR

Dalam satu pertandingan bola sepak yang tersohor seantereo dunia seperti Piala Dunia, ia disaksikan oleh jutaan manusia di seluruh dunia.  (Kita tidak tahu apakah ada makhluk lain di alam ini yang ikut menonton gelagat 22 orang manusia berebut-rebut untuk mengawal dan menguasai sebiji bola).  Apa yang kita tahu ialah apa saja yang berlaku di dalam padang permainan itu disaksikan oleh jutaan cupak mata di seluruh dunia.  Ertinya setiap gerak bola dan pertarungan untuk menguasainya disaksikan oleh jutaan manusia di cakrawala ini.  Inilah gambaran suasana yang pasti dialami oleh pengadil pertandingan tersebut.  Gambaran ini menunjukkan bahawa sukarnya untuk seseorang pengadil@wasit@refree itu berat sebelah.


Maka apabila berdepan dengan peratdingan memilih Sang Penguasa negara, kita pun teringatkan soalan-soalan yang belum dijawab, misalnya:


Apakah gerak geri pengadil pilihan raya itu dapat dilihat dengan jelas, terang ―  tanpa  sebarang kecenderungan Sang Pengadil untuk menipu, berselindung, menyorok, berbelit-belit dan berdalih-dalih?


Apakah yang telah berlaku dengan tuntutan yang LAPAN itu?

Apakah apa yang sedangan dilakukan ini satu daripada sekian tindakan menternak anarki?

Apakah pilihan yang ada kepada para pembayar cukai jika pengadilnya jelas berat sebelah?

Seperti biasa para pengurus pertandingan bola sepak itu diam membisu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.  Mereka membisu kerana itulah cara mereka memikul tanggungajawab. 

Kalaulah sistem sedia ada itu seekor kura-kura dengan kepalanya yang diserot@disembunyikan,   berapa lamakah kita sanggup menunggu?



No comments: