Bicara Juru fesyen
tentang fesyen rapun tercanggih
Katanya Pengurusan
Nilai atau Value Management (VM)
ialah alat pengurusan yang bertujuan untuk merancang pelaksanaan program
dan projek Kerajaan supaya Kerajaan memperolehi pencapaian yang terbaik “Nilai
Untuk Wang”.
Untuk memberikan kefahaman dan demi untuk memastikan
prinsip penjagaan setiap sen yang dibelanjakan dari kantung Sang Pemerintah itu
dibelanjakan dengan telus dan penuh tanggungjawab, maka disediakanlah tatacaranya
dalam bentuk pekeliling ― Pekeliling UPE Bilangan 3 Tahun 2009. Kata pekeliling itu, semua projek bernilai RM50
juta mestilah melalui proses VM itu. Berikut
ialah petikan dari pekeliling tersebut:
“Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah dilancarkan pada
bulan Januari 2011 merupakan satu titik tolak kepada pelaksanaan Pengurusan
Nilai atau Value Management (VM) sebagai salah satu wahana di dalam merancang
pelaksanaan program dan projek Kerajaan.
Dasar Kerajaan kini untuk menggunakan kaedah pengurusan
nilai atau value management sebagai management tool di dalam pelaksanaan
program dan projek Kerajaan adalah bertepatan bagi mencapai nilai untuk wang.
Oleh yang demikian penggunaan kaedah ini perlu diterapkan dalam semua
perancangan dan pelaksanaan projek Kerajaan bermula dari peringkat awal bagi
mendapatkan pulangan yang maksimum.
Justeru itu, sebagai permulaan Kerajaan telah menetapkan
pelaksanaan VM untuk rogram/projek pembangunan yang bernilai RM50 juta ke atas
bagi memastikan program/projek tersebut memenuhi objektif dan fungsi yang
disasarkan serta mencapai value for money.
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE,
JPM) telah mengambil satu langkah besar di dalam menjadikan VM sebagai salah
satu alat perancangan program/projek Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan
mengeluarkan Pekeliling UPE Bilangan 3
Tahun 2009 yang memerlukan semua projek bernilai RM50 juta melalui proses
VM.
Selanjutnya, Panduan Pengurusan Nilai dikeluarkan sebagai
rujukan kepada semua kementerian dan agensi untuk melaksanakan VM dengan lancar
dan efektif.”
II.
Dalam keghairahan kita bercakap
tentang Pengurusan Nilai, sekali lagi kita berdepan dengan gertak Jurubicara Sang
Penguasa, kali ini dari lidah komponen Cinanya.
Kata juru ludah parti Cina ini para penduduk Kuala Lumpur, Putrajaya, Petaling and Hulu Langat bakal berdepan dengan krisis air yang serius sekiranya kemampuan
takungan rezab air tidak ditingkatkan dengan segera. Diringkaskan cerita, MCA menyokong projek RM 8.65 bilion Langat 2:
“He added that MCA
supported any efforts to address the water problem including the construction
of the RM8.65 billion Langat 2 water treatment plant inclusive of piping and
transfer cost.”
Sementara itu, dalam kelam kabut krisis air di musim hujan, Syarikat Prasarana Negara Bhd secara rasminya telah mengumumkan bahawa
kontrak:
“for the
Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissioning of System
Works for the Ampang Line Extension Project is awarded to George Kent-Lion
Pacific Joint Venture (JV).”
Tambah kenyataan
itu lagi, kos pembinaan seluruh projek itu lebih rendah daripada kos asal iaitu
RM 7 bilion. Sepertimana kita ketahui
sebelum ini, kita telah didedahkan kisah
penganugerahan kontrak ini yang dikatakan tidak telus kerana campur tangan Sang
Penguasa. Apa pun, Sang Penguasa telah memutuskan bahawa George
Kentlah yang terbaik untuk menjaga setiap sen seperti yang dicanang oleh
pekeliling Jabatan Perdana Menteri.
IV.
Tatkala
meneliti kisah-kisah seperti di atas, maka terbayanglah satu episod ironis yang
cukup menyedihkan:
Seorang Pereka Fesyen terbaik Malaysia sedang
memperkatakan karya mutakhirnya di kaca tv.
Tidak seperti biasa, penampilannya kali ini sedikit berbeza ― dia telanjang
bulat di atas pentas ― lalu dengan
penuh gaya, bercerita perihal fesyen
tercanggih hasil rekaannya itu. Kata Sang
Pereka Fesyen itu, rekabentuk fesyennya kali ini cukup canggih kerana rapunnya telahpun
dia transform total! Kucing ronggak kesayangan
Jusoh Kepala Bukit terbahak-bahak sehingga kering pundi-pundi kencingnya.
No comments:
Post a Comment