Friday, July 27, 2012

Putera Katak


Putera Katak, versi Selangor (1)


Seluruh penghuni segala kolam takungan katak namanya marah-marah kerana pengurus syarikat air, Gohzali Kebas telah mengisytiharkan kepada khalayak bahawa bekalan air Negara Alam Shah bakal dicatu.  Kata Gohzali Kebas empangan-empangan dalam negeri pada kering semuanya walaupun Negara Alam Shah sering dilanda banjir ― banjir di merata-rata tempat.    

Sebagai protes segala katak terhadap kelakuan Gohzali Kebas yang telah terang-terangan menidakkan peranan kaum katak yang telah sekian lama memanggil dan menyemarakkan hujan (sehinggakan banjir seluruh Alam Shah), maka segala makhluk katak ini pun bersetuju menghantar Ketua Segala Tukang Sihir Terhebat Katak untuk membuat satu TRANSFOMASI besar.  Lalu disihirnyalah Gohzali Kebas menjadi seekor putera, Putera Katak.   

Maka telah tertransformlah Goh menjadi seekor Putera Katak, Gohzali Kebas Putera Katak.

Satu ketika Gohzali Kebas Putera Katak telah berjaya menyelamatkan bola golf Tuan Puteri Pucuk Kelompang yang terjatuh ke dalam kolam yang tersangatlah dalam itu. 

“Mintalah apa saja, Beta akan kabulkan.”  ujar Tuan Puteri Pucuk Kelompang yang tersangatlah ayu itu.  Tuan Puteri Pucuk Kelompang begitu gembira kerana bola golf emas kesayangannya telah diselamatkan oleh Gohzali Putera Katak. 

“Bagaimana boleh jadi katak yang bijak?”  Tuan Puteri Pucuk Kelompang agak pelik kerana katak sudah pandai berkata-kata.  

“Patik ini ‘bisnes man’.  Oleh sebab kemurkaan para katak terhadap patik, patik telah mereka sumpah menjadi Katak.  Kerja patik sangat menguntungkan.  Patik ‘bisnes’ air.  Tuanku boleh juga kongsi niaga jual air dengan patik!! ”

“Air liur?”  Tuan Puteri Pucuk Kelompang terkejut.

“Bukan, bukan air liur, air untuk minuman, air untuk industri...”  ujar Gohzali Putera Katak Kebas.     

“Tuanku sebagai ‘bisnes man’ jual air,  untungnya besar.  Ya, jual air untung besar.  Seluruh air dalam negeri ini boleh patik jual buat duit.”

Binawe kamu, fikir Tuan Puteri Pucuk Kelompang.  Sungguh tak ada kelas kamu.


II.  Soalan cepu masnya.


Soalan cepu emasnya ialah:

Sekiranya seluruh rakyat Selangor, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan itu semuanya Puteri Pucuk Kelompang, apakah hadiah istimewa mereka kepada Gohzali Kebas?”

Tuan boleh saja cuba-cuba menjawab teka teki ini namun hadiahnya tidaklah seberapa sekadar bermimpi menjadi ‘bisnes man’ dengan gaji setengah juta sebulan.


(1): Versi asal ceritanya, The Frog Prince boleh diperolehi dalam karya James Finn Garner, “ Politically Correct Bedtime Stories: Modern Tales of Our Life & Time”  Macmillan, New York, 1994.



No comments: