Saturday, August 25, 2012

Berbelanjalah dengan peruntukan RM 30.


Sesekali, berbelanjalah dengan RM 30.




Aku diperuntukkan RM 30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Saja) untuk ‘membeli belah’ barang-barang keperluan dapur untuk dimasak hari ini.   Pesan isteriku lagi, “ Belilah ikan, cabai hidup, cabai kering dan udang sikit, untuk goreng bihun petang ni.”      

Apakah yang kita perolehi dengan wang sebesar itu?  Di pasar awam Taman Ria Sungai Petani, Kedah yang kubeli di dalam pasar awam itu ialah:

Ikan pelata kurang sedikit setengah kilo (RM 6.00)
Udang kurang setengah kilo (RM 5.00)
Cabai kering ‘barang dua ringgit’ (RM 2.00)
Cabai hidup, ‘beberapa biji, RM 1.60  

Di luar pasar, terdapat penjual hasil keluarn kampung di sekitar Daerah Kuala Muda, kebeli:

Manggis sekilo (RM 6.00)
Sepiring sawa (RM 3.00)
Seikat petai (RM 4.00)
Dua ikat ulam; daun cemumar dan daun gajus (RM 1.00@50 sen seikat)

Akhbar?  Aku tidak beli kerana belum ada Harakah ataupun Suara Keadilan terbaru.  Akhbar-akhbar lain,  hanya kuimbas tajuk-tajuk muka depannya.  Mereka masih berkenduri minit mesyuarat yang bocor itu.  Harapan terbesar mereka ialah biarlah Pakatan Rakyat terburai.  Kepada mereka kita ucapkan, “Good lucklah!”


II.

Senarai soalan:

Pagi ini berapakah yang telah kubelanjakan di pasar awam Taman Ria,  Sungai Petani, Kedah?

Apakah Hasni Abas dapat beli dengan peruntukan sebanyak itu di Pasar Pudu?

Apakah yang Pak Sjukur dapat di Subang Jaya?

Apa pula kata Abang Lan di Kuala Pahang tentang harga ikan pelata?

Akhir sekali,

Adakah kita pelik jika ramai penjawat awam mahu pulang ke kampung halaman masing-masing, (keculi mungkin Johor Baru)?


No comments: