Saturday, August 4, 2012

Cerita Transformasi


Cerita lembunya Transformasi

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/205419


Najib pertahan tindakan dakwa Rafizi
Nigel Aw 7:19PM Ogos 3 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mendakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di mahkamah kerana mendedahkan akaun berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).

Ini kerana, kata Najib, mendedahkannya kepada umum dianggap bertentangan dengan Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia).

Katanya lagi, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan patut menyalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rafizi pada 1 Ogos didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.


II.

Pada hari yang baik dan bulan Kareem yang mulia ini,  bagaimanakah cara terbaik mengunjuk rasa terhadap perlakuan yang sangat tidak selari dengan acah-acah transformasinya, liberalisasinya basinya seorang PM itu?  Mungkin kita boleh memaparkan sebuah cerita:

Cerita Transformasi:

Pada zaman dahulu kala, zaman tatkala keris, tombak dan pencak silat menjadi senjata utama untuk mempertahankan diri dan juga untuk rampok dan garung (merompak dan merompak) al-kisah terdapatlah sebuah kampung yang dikuasai sepenuhnya oleh Tok Penghulu ― pemimpin de-facto kampung ― dengan anak-anak buahnya Tok Penghulu sebagai para pembantunya.  Ertinya di dalam kabinetnya (bukan kitchen cabinet)  Tok Penghulu terdapat juga anak-anak buah kesayangannya.  Salah seorang daripada anggota kitchen cabinet ini termasuklah Cik Bed (mungkin nama glamournya Cik Bedah, lengkapnya Zubaidah). 

Diringkaskan kisah,  pada satu malam bulan mengambang penuh maka tertangkapkah semasa beraksi itu, sekumpulan garung yang sedang rancak menggarungi rumahnya Panglima Rafizun, anak buahnya musuh ketatnya Tok Penghulu.  Seluruh kampung menjadi gempar kerana telah tahu dengan jelas bahawa sesungguhnya Orang Kaya-Kayap Kampung Jusoh Kepala Bukit,  anak kesayangannya Cik Bed yang mengetui skuad rampok tersebut.  Yang mereka garungi adalah sekawan lembu baka baik Australia.

Maka berdukacitalah yang amat sangat Tok Penghulu mencari ilham bagaimana mau membersihkan nama baiknya Orang Kaya-Kayap Kampung Jusoh Kepala Bukit anaknya Cik Bed dari cemuhan seluruh penduduk kampung.

“Adinda ada idea.”  jawab Datin Rosie biniya Tok Penghulu.

“Bukankah di kampung kita sudah ada dikri yang mengatakan adalah menjadi kesalahan jika lembu tidak ditambat?”

“Bijak sungguh kelapa hotakmu!!” Tok Penghulu amat gembira.

Diringkaskan lagi ceritanya, akhirnya Datuk Panglima Rafizun ditangkap lalu digari kerana tidak menambat lembut Autralianya sehingga tercuri oleh Orang Kaya-Kaya Kampung, Jusoh Kepala Bukit anaknya Cik Bed.

Cerita lembu yang tercuri itu menjadi landmark, bukti terhebat pemerintahan Transformasinya Tok Penghulu.  Berkurun-kurun kisahnya dikisahkan oleh orang-orang kampung kepada anak-anak dan cucu-cicit mereka berabad-abad lamanya, sama seperti ceritanya Kutty yang katanya telah memasuki Melayu itu untuk menipu Melayu itu.

Arkian,  tamatlah sudah cerita lembunya Transformasi.   



No comments: