Merdeka dan
pejuang mereka terlupakan.
Sila perhatikan
petikan tulisan Ahmad Lutfi Othman,
Catatan Hujung, Kemilau Publika, Petaling Jaya, 2011:244
“Sambutan Di
Ambang 31 Ogos: Dengan Penuh Keegoan, UMNO Jajah Dataran Merdeka!”
Belum cukupkah
dengan senarai panjang korupsi Umno-BN memilikpartikan segala kemudahan, jentera
dan dana awam?”
…
“Tidak syak
lagi. Pandangan mata saya tidak
dibohongi. Memang bendera Umno bersama MCA, MIC, berceracak di segenap pelosok
padang bersejarah itu. Saya segera
menelefon beberapa rakan untuk meluahkan rasa jengkel di hati.
Mereka turut
berkongsi rasa, malah ada yang melepaskan geram dalam nada lebih keras. “Biasalah tu, perangai anak-anak warisan
penjajah.” kata seorang daripadanya.”
Diterbitkan
pada 31 Ogos 2007.
II.
Ini pula dari
bukunya Ahmad Boestamam, Memoir Ahmad Boestamam – Merdeka dengan Darah dalam Api,
Penerbit UKM, Bangi, 2004:242
“Itulah
Boestamam,” dia mula berkata-kata dengan
lemah lembut, “waktu API belum diharamkan dulu semua orang menyanjung tuan.
Pujian yang diberikan ke atas tuan oleh kawan-kawan tuan tinggi melangit. Tetapi sekarang, apabila API telah diharamkan
dan tuan menderita hidup di kampung, siapakah antara kawan-kawan tuan yang
ramai itu yang ingat kepada tuan dan memberikan bantuan kepada tuan?”
“Tidak ada, “
jawab saya berbohong kerana mahu mengikutkan jalan fikirannya itu. Muka saya, saya sedihkan lagi.
“Saya kasihan
kepada tuan, Boestamam, “ dia memberitahukan saya segera, “dan saya mahu
menolong tuan tetapi dengan syarat...”
“Syarat apa?”
Saya mencelah bertanya.
“Dengan syarat
tuan menolong saya pula.”
“Bagaimana
saya boleh menolong tuan?”
“Dengan
menjadi ‘British Agent’.”
(Nota: Dalam catatan pada halaman 241, kita
diberitahu ‘dia’ adalah OCPD, C.H.
Fenner)
No comments:
Post a Comment