Apabila kita sombong dan menyombong.
Tidakkah hujan yang mencurah-curah dari langit itu
selayaknya disambut dengan penuh mesra oleh sekalian makhluk ― termasuk seluruh
muka bumi ini? Ya, sebagai alam semula jadi, bumi sentiasa ramah; ia menyambut
lalu menyerap limpahan air hujan itu ke dalam tubuhnya sebagai tetamu yang
terhormat
Maka apabila hujan lebat itu ‘disambut’ oleh permukaan tanah yang keras, kaku lagi sombong kerana permukaannya telah kita ‘bangunkan’@bopengkan dengan lapisan simen atau aspal tegar-kaku, curahan air hujan tidak lagi dialu-alukan sebagai tetamu terhormat di muka bumi. Air hujan dihalau dan dinyah ibarat anjing kurap yang buruk kepala.

Maka jadilah isi padu air hujan yang dijana dalam tempoh yang singkat itu, limpahan gelandangan yang berbondong-bondong ― dihalau oleh bumi yang telah kita sombongkan. Terjahan mendadak air hujan yang mencurah-curah dan besar isi padunya ini menyebabkan banjir kilat dan hakisan sungai yang kronik.
Oleh itu ―beringat-ingatlah ― setiap kali kita memasang permukaan bumi yang keras lagi kaku di laman rumah, sebenarnya kita menambah jumlah keluasan permukaan bumi yang semakin sombong. Bukankah kita pencipta segala bencana kerana kesombongan yang tidak bertempat?
______________________________________________________
Entri di atas bermula dengan idea di bawah ini. Itulah hasilnya jika teks 'teknikal' kita 'sasterakan'. Siapa bilang sastera tak bermanfaat?
During periods of heavy rainfall, large amounts of impermeable surfaces generate large amounts of runoff. This sudden influx of runoff into rivers can cause flash flooding and erosion of stream banks.
No comments:
Post a Comment