semoga sejahtera para kamu
di pentas nyata alam benar
dengarlah, didih marah kecewa umat
lihatlah, gegak gempita bulat tekad
amarah jenuh maruah dimakihina
wahai para kalian benih serakah
abupuingmu telah rakyat balutbungkus
menunggu saat dinyah pergi
ke liang mega menganga
kiranya masih bersisa benih serakah
percayalah seluruh marhaen jelata
siaga abuhanyutkan ke selat melaka
tebing kangsar ubudiah menjadi saksi
bahawa ada amarah pada derhaka.
kuala lumpur
10 mei 2009
2 comments:
derhaka yang amarah!
ada ketika kita wajib marah dan berdosa kalau tak marah ,,,, nak simpan marah utk 5 pru yang akan datang ,,takut kalau marah sekarang time pru tak dak menda nak marah lak
Post a Comment