Thursday, February 18, 2010

Sampai hari ini


Sampai hari ini, ramai yang masih percaya

Ya, sampai hari ini ramai yang masih percaya bahawa bangsa kita akan berilmu, maju dan mencapai taraf dunia, jika tidak diliwat oleh bahasa ibunda.  

(Sila tanyakan segala bijak pandai negara kita, makna ungkapan dan istilah ‘berilmu, maju dan mencapai taraf dunia’ di atas.   Mengikut Datuk Hassan Ahmad, itu cukongnya GMP ada orang berkata jika kita tidak pandai menghitung dalam bahasa Inggeris, ertinya kita kurang pandai@bodoh.  Kalaulah mantik dan logik ini benar, mungkin ‘bertaraf dunia’ pula  membawa maksud kitaran semula lewat institusi. Untuk penjelasan lanjut, tuan perlu bertanyakan kepada Yang Arif). 

Namun sesekali kita mungkin tersentak dengan telatah mereka yang mungkin sedikit ghairah semasa berbahasa ilmu, lalu ― ‘gila-gila’ apabila berbahasa.   

Lalu mereka diliwat juga rupanya oleh keghairahan bahasa orang-orang yang maju dan bertaraf dunia itu.


‘Yeeebaaabb!!’, jerit tukang karut boria Pulau Pinang.



No comments: