Friday, March 12, 2010

1957, 31 Ogos.


1957, 31 Ogos.


sepakat kita ― itu tarikh keramat

penjajah telah berambus

“kita sudah merdeka!”

begitu jerit laung rakyat jelata



hari ini ― setengah abad telah berlalu

segala institusi mereka rakus pasung

otak rakyat mahu mereka kili-beli

mata telinga, ganas terkepung



hari ini ― setengah abad telah berlalu

penjajah baru membolot takhta

“hidup kami begini perih!”

amarah rakyat semakin nyata.



wangsa maju

12 mac 2010




No comments: