Tuesday, September 28, 2010

Biarkan saja dia merapu dan meracau


Mahathir:  Pandangan beberapa orang penulis kita


Sejak Mahathir bangun semula dengan ‘Melayu dalam bahaya’ satu lagi projeknya bersama Perkasa, ramai penulis termasuk bloger telah memberikan respons mereka.  Ramai yang yakin bahawa ‘national menace’ ini (kita teringat komik ‘Denise the Menace’) meracau dan merapu hanya untuk menarik perhatian.   Ramai yang berpendapat bahawa orang-orang politik kelas ini akan mati jika tidak mendapat perhatian.  Maka dalam blognya Dinmerican (yang membahaskan pandangan Mariam dalam portal Malaysiakini), ada pembacanya yang mencadangkan:


“So maybe for one week each month, or for one entire month, all the blogs can refuse to print one word that he says. Make it “International Boycott Mahathir Month.” Deny him the publicity he seeks. He will hate it. And while you’re at it, maybe the Government-dominated and controlled media also can deny him coverage. They can treat him like they treat the opposition. He will hate that even more.”


Ya, semacam kempen “Bulan pemboikotan antarabangsa Mahathir”.   Ini bermakna tidak ada sesiapa pun yang bercakap tentang Mahathir selama satu bulan.  Mantan CEO ini akan merana yang amat sangat kerana punca oksigennya, iaitu publisiti terhadap ‘dianya’ telah dimatikan suisnya dan digelapkan oleh semua penulis termasuk para bloger.


Subky Latif juga berpendapat demikian.  Menurut penulis veteran ini kerja buat ini bukanlah idea asal hak miliknya Mahathir kerana arwah Tunku juga demikian perangainya.  Arwah menulis dan mengkritik lewatnya akhbar “The Star” sehingga akhbar itu diambil tindakan oleh Mahathir kerana kolumnya Tunku.  Kata Subky lagi, “Dalam alam politik berdiam itu dikira politik bisu. Tunku dan Dr. Mahathir bukan dari jenis yang bisu.


Ahmad Lutfi pula mendedahkan satu aspek betapa besarnya kecintaannya Mahathir terhadap orang-orang Melayu dengan menurunkan satu peristiwa yang menarik.  Beginilah ceritanya:


"Tetapi saya yakin bahawa kiranya Dr Mahathir menumpukan masa yang lebih kepada kerja-kerja parti dan tidak menghabiskan masanya di dalam perniagan membuat rumah di Kedah bersama-sama dengan syarikat Federal Construction Company - sebuah syarikat yang dipunyai orang-orang Cina - dalam perniagaan yang lain, maka kemungkinannya untuk menang dalam pilihan raya itu lebih besar.


"Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah mengambil peranan penting untuk menolong mendapatkan kelulusan kerajaan supaya tidak kurang daripada 238 lot tanah Simpanan Melayu dikeluarkan dari simpanan itu bagi projek perumahan yang tersebut."


Dalam dunia yang maya ini, lihatlah betapa sukarnya semua pihak termasuk para pemimpin politik untuk bersembunyi.  Laman maya membuat maklumat disebarkan dengan cepat dan mudah.  




Rumusannya:


Bagaimana jika semua penulis termasuk para bloger berhenti memberikan perhatian terhadap orang ini?   Saya kira ini adalah idea yang cukup baik walaupun kita amat marah dengan terjahan sengaja yang sangat provokatif itu!

Bukankah itu tujuannya selama ini?  Matlamat orang yang sangat kemarukkan perhatian.


Senarai petikan yang dirujuk


Pertama: Blognya Dinmerican

“Mongkut Bean,

You told me and others on this blog that we should stop bashing Mahathir Mohamad. Can you suggest how we should deal with this national menace? He has even recently when he was awarded an honorary doctorate told us that Malaysians (particularly the Malays) should stop thinking. Thinking is bad. How ridiculous can Mahathir get? He wants us to be animals so that he can lead us by our noses. –Din Merican

You asked how to deal with Mahathir? What Mahathir wants, as always, is to be the center of attention. He can’t stand being ignored. He has to be the center of attention. It is one of his deepest psychological needs. He believes that he is always right, and that if he remains silent, he is denying the country his wisdom and leadership, which to his mind, are infallible.

So maybe for one week each month, or for one entire month, all the blogs can refuse to print one word that he says. Make it “International Boycott Mahathir Month.” Deny him the publicity he seeks. He will hate it. And while you’re at it, maybe the Government-dominated and controlled media also can deny him coverage. They can treat him like they treat the opposition. He will hate that even more.

This Apanama al-Kutty should be charged for sedition and sent to Kamunting Detention Centre. He has become a threat to national security. That is what I would do if I were the Prime Minister. But Najib has no cojones to deal with this menace of a man. al-Kutty cannot be left to his destructive ways. Maybe Rosmah can deal with him.

Mr. Mongkut Bean has yet to answer Pak Din’s question: how do we deal with this national menace. My answer is simple: incarcerate him and make him pay for what he has done to our country.”


Kedua:  Subky Latif
 

Maka tidak pelik bagi Dr. Mahathir melakukan yang sama terhadap Perdana Menteri dan pemimpin Umno yang menggantinya. Jika Tunku bertindak begitu, maka suatu yang normal pula bagi Dr. Mahathir bersikap seperti yang tunjukkan Tunku.

Kita tidak tahu apakah Tun Razak juga begitu kiranya usianya panjang. Ada pun Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi dirasakan tidak mengikut jalan Tunku dan Dr. Mahathir. Kelas politik Tun Hussein dan Tun Abdullah dirasakan tidak sampai pada kelas Tunku dan Dr. Mahathir.

Dalam alam politik berdiam itu dikira politik bisu. Tunku dan Dr. Mahathir bukan dari jenis yang bisu.
 

Ketiga: Ahmad Lutfi Othman  


Pandangan Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan muka depan Utusan Malaysia, 24 September lalu, bukan perkara baru. Bekas Perdana Menteri itu sudah menyuarakannya berulang kali dengan daleh dan retorik yang sama, tetapi masih tetap dijadikan tajuk utama akhbar yang dikuasai Umno sepenuhnya Umno. Mungkin bagi editor kanan akhbar berkenaan, luahan hati Mahathir seumpama itu masih berkesan untuk memperbodohkan" pengundi Melayu.

Segera saya teringat tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman, dalam bukunya "Sebelum dan Selepas 13 Mei", apabila PM pertama itu mengulas penyebaran surat terbuka Mahathir  kepadanya: "Saya telah ditanya, kalau Dr Mahathir menang dalam pilihan raya (1969), mungkinkah dia juga mengkritik saya, seperti yang terkandung dalam suratnya ....

"Tetapi saya yakin bahawa kiranya Dr Mahathir menumpukan masa yang lebih kepada kerja-kerja parti dan tidak menghabiskan masanya di dalam perniagan membuat rumah di Kedah bersama-sama dengan syarikat Federal Construction Company - sebuah syarikat yang dipunyai orang-orang Cina - dalam perniagaan yang lain, maka kemungkinannya untuk menang dalam pilihan raya itu lebih besar.

"Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah mengambil peranan penting untuk menolong mendapatkan kelulusan kerajaan supaya tidak kurang daripada 238 lot tanah Simpanan Melayu dikeluarkan dari simpanan itu bagi projek perumahan yang tersebut."





2 comments:

Unknown said...

..senang saja,penternak ayam kata ayam berkhasiat,penternak lembu kata lembu berkhasiat,mereka kondem kambing,katanya kambing ni darah tinggi...tapi mengapa baginda Rasullulah saw suka makan kambing...

KEIKHLASAN itu adalah jawapan pasti..

barajiwa said...

Tk atas oandangan abghalim.